Pages

Monday, July 2, 2018

Raya Pertama 2018

Hi

Kisah raya 2018. Valid lagi ke nak cerita pasal raya, eh masih onz je korang semua upload gambar open house kan. So onz jela bluekk. Macam biasa lah raya setiap tahun memang raya pertama i kat Seremban dan KL , raya kedua kat Melaka belah husband. Yang sedihnya tahun ni, iphone i boleh tak detect password okayyy makanya kena reset lah iphone i ni habis semua gambar. Gambar backup takde ke ? Ada rasanya tapi malas nak fikir hewhew. Amik saja la gambar dari orang lain ekekke. Selesai masalah.


Mula2 gi rumah mak bapak i yang 2 minit je dari rumah i . ngehh. Nak dengar lagu ho ho ooo balik kampung pun tak habis eh dah sampai kampung nya hihi.
Tahun ni theme warna cream ye. Adik beradik i memang awal2 dah keji "namee mesti sesat warna lain jauh gila" . Tak tahu lah sumpahan ke apa tapi i memang akan selalu terwarna lain . Tu la setiap kata2 adalah doa tauu . Tu doa adik beradik i lah tu asyik duk cakap "namee mesti sesat warna lain jauh gila" ...doa tuuu. ekeke.  Tahun ni pun i TERwarna lain oppsss stailista ! hahaaa maaf zahir batin la yeee.


Adik no 5, mama and adik no 4. Eh betul la diorang cream betul. Serba salah pulak ekekeke. Besar dah adik i, takleh tipu dah kata manusia diperbuat dari tepung. 



Next destination is rumah my nenek belah ayah. Rumah nenek kat Paroi je. Nenek i famous dengan nama Rozi karipap pusing, tak pun kuih koci. hihi . Tahun ni anak2 husband dua dua raya sini . Selalu yang sulong Luqman je raya sini, tahun ni adiknya Nazirul raya sini sekali. Boleh nampak happy muka ayahnya semua anak ada.



Tak cream ke warna baju i dan anak2 ? Ekekke. Baju Adam n Noah tu i bersyukur gila pergi KLCC nak cari baju melayu diorang in Parkson ke apa terus terjumpa in Isetan baju jenama QUTN ni . N baru tahu ada butik besar kt Bangi. Next year akan sambar brand ni lagi. So far suit terus size anak2 i. Takyah nak potong ke apa. Kemas and kain tak panas. Iron pun sharp je tajam gituuuuu. Yang penting seluar ada line tengah sharp tu ekekekke. Kasut loaf Adam n Noah pun beli kat Isetan brand Poney tak silap. Suka gila tengok budak laki pakai loaf. Kemas. Formal sesuai, casual pun sesuai. 


Gambar dalam rumah nenek all habis hilang dah since iphone i restore dah. haiihh. 


Lepas rumah nenek , terus gerak ke Cheras rumah aunt pulekk. 

Anak2 i dah salin dah, kesian pulak nak bersampin semua. Salin jela . Sempat la tidurkan diorang kejap kat rumah sebelum bertolak ke Cheras. 


Family. Tengah2 duduk tu my nenek. Ni semua family belah mama. 



Tengah2 tu maklong tuan rumah. 


Family.



 Singgah rumah maklong kejap je lepas tu balik dah hehe since dah petang. Balik Seremban . Sebelum balik sempat la ootd ekekek. 



 Adik bongsu i. Gambar penuh dengan adik beradik semua memang takde la since semua datang asing2 and lambat. Noah kat belakang tu dah naik angin jeles mama ootd dengan uncle dia ni. 



Hihi itu sajalah kisah raya pertama 2018. Second day ke Melaka pulekkk.

By the way, selamat hari raya yaa korang maaf zahir batin. Maaf salah silap terkasar tulis ke apa. Muahh !

Toodles :)

14 comments:

  1. salam aidilfitri namee, valid lagi citer ni, rayakan sebulan...

    ReplyDelete
  2. Tak lambat lagi jugak rasanya nak ucap selamat hari raya . Cantik warna ni.

    ReplyDelete
  3. Cantik baju namee. Beli kat mana? ^_^

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. comelnya you and anak-anak...hihihi

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya, namee & family!! ^^ seronok tgk entry org beraya, mmg meriah.

    ReplyDelete
  7. hihihi.. warna tu memang lari betul.. tapi cantik baju!

    selamat hari raya wakkkk!

    ReplyDelete
  8. Hehehe.. oklah tu Namee up kisah pasal raya.. akak ni up pasal sebelum raya.. ni dok edit gambar raya, belum nak up lagi cerita pasal gambar raya.. hehehe..

    by the way..
    Selamat Hari Raya Aidilfitri Namee and Family..

    ReplyDelete
  9. There's a chance you're eligible for a free Apple iPhone 7.

    ReplyDelete
  10. meriah beraya bersama keluarga..")

    ReplyDelete
  11. Very nice post. I just stumbled upon your blog and wanted to say that I’ve truly enjoyed browsing your blog posts. In any case I’ll be subscribing to your rss feed and I hope you write again very soon!
    Microsoft Azure Training From India

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 photo lumi.jpg