Pages

Tuesday, October 2, 2018

Selepas Beberapa Kali Ditimpa Malapetaka

Hi


Sejak-sejak accident haritu , barulah tertahu apa itu NCD . After 12 years of memiliki lesen memandu , baru sis tahu NCD weyyy memang parah,  nasiblah masa kahwin mas kahwin rendah tak lah terkilan sangat pasangan sis dapat pasangan macam sis baru tahu NCD tu apa. "geIeng kepala" . 


'Ter' tahu pasal NCD bila first time accident yang melibatkan diri sendiri. Situasi di mana i yang driving and melibatkan 3rd party yang cedera. Jadi pihak di sana nak claim insurans i di atas kecederaan nya. First time i experience situasi disiasat, pegawai penyiasat datang rumah tanya itu ini dan tangkap2 gambar. Polis siap ketawa kan i sebab i ingat i akan tidur dalam lokap ootd baju oren bernombor. ootd silang kaki peha Nampak kurus.

Pengalaman malapetaka sis selama memegang lesen memandu.....

1)  kereta dihempap pokok . Nak claim insurans, lerr I tak ambil insurans bencana alam rupanya. Ramai nak berjimat tak nak pakej insurans bencana alam, jadi bila dalam situasi banjir, pokok tumbang yang merosakkan kereta ...tanggung sendiri ye sis. 

2) Kereta langgar bumper. Adakah sis ingin membayar sendiri kerosakan RM9k ? Sis sayang duit sis jadi sis claim insurans saja. sobs. 


3) Accident melibatkan 3rd party yang cedera. Baru terdengar  perkataan NCD. 3rd party nak claim insurans sis untuk kecederaannya...



malapetaka sis tak sudi nak bayar bumper and camera depan ni 9k . Sorry naik lorry sebab bukan kesalahan sis.




malapetaka . Masa ni worry keadaan uncle tu je. gulp.





Pengalaman mematangkan kita. Manusia. ingat nak buat ayat sastera sikit untuk line ni tapi tak jadi. 

Sejak peristiwa itu, diri i dah mula canggih and dah reti ambil tahu pasal insurans kereta. Kita semua terutamanya perempuan perlu ambil tahu tentang insurans kereta. Perempuan jangan sibuk beli bantal dan pewangi kereta je. Jangan hanya angguk2 dan terima je bila ada agent2 insurans ni tawarkan khidmat insurance renewal tapi end up blur je tak tahu menahu. Perlu ambil tahu, nanti garu garu kepala.


Sekarang dah dilancarkan Liberalisasi Insurans, maksudnya harga premium/takaful motor tak lagi berdasarkan Tarif Motor (mengikut satu senarai harga yang telah ditetapkan berdasarkan nilai pasaran kenderaan, kapasiti enjin kenderaan dan juga penggunaan kenderaan). 

Jadi harga/premium takaful motor sekarang macam mana? Jeng jeng scary sis. Now dah Liberalisasi Insurans, salah satu faktor yang menentukan harga takaful motor adalah 'diri anda' sendiri. Jadi kita sebagai pemandu perlu bertanggungjawab on our own insurans kereta .  ‘Play Your Role’ and enjoy better protection' 


Sekarang nak shopping insurans kereta
pun dan senang since dah ada Motor Product Selector di laman web Perstuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Malaysian Takaful Association (MTA). Sesuai la untuk manusia yang blur . 


Di Motor Product Selector tersenarai semua syarikat insurans dan product baru yang ada. Jadi senang nak buat comparison dan pilih mana yang paling sesuai dengan keperluan. 



Motor Product Selector

 Motor Product Selector di laman web piam.org.my


Meh I bagi tips sikit macam mana nak pilih insurans...sejak2 sis berilmu ni dalam kempen ‘Play Your Role’ and enjoy better protection'


1) JADI PENGGUNA YANG BIJAK 
- tak semestinya tengok harga sebagai faktor utama. Yang mahal tak semestinya bagus, yang murah tak semestinya tak sesuai. Yang penting utamakan insurans yang bersesuaian dan kualiti perkhidmatan pelanggan syarikat insurans tu.

- pilih apa yang perlu. Macam dulu I tak rasa pun insurans bencana alam macam banjir tu perlu, sumpah perlu sebab dah terkena hempap pokok sebab hujan lebat! Macam insurans kalau berlaku pecah kereta, ramai yang rasa ehh takkannn la nak terjadi kat aku, bila dah terkena baru rasa perlu. hewhew

- survey kat Motor Product Selector di laman web PIAM dan MTA. Boleh buat perbandingan harga.

- buat perbandingan harga awal2 sebelum tamat tempoh polisi at least sebulan sebelum tamat tempoh perlindungan insurans. 













Dah pilih pilih, terus click 'request quotation ' . 




2) JADILAH PEMANDU YANG BERHEMAH
- rekod pemanduan yang bersih akan jadikan profil risiko anda bertambah baik . So yeahh patuhi had laju, peraturan trafik, jangan guna phone while driving , jangan drift hehehe. 



3) JADILAH PEMILIK KENDERAAN YANG BERTANGGUNGJAWAB
- jangan lupa servis kereta so that kereta sentiasa dalam keadaan terbaik jadi kuranglah risiko kemalangan. Bila tiada kemalangan, NCD dapat dikekalkan untuk penjimatan harga jangka panjang.

See, ilmu i so canggih . 

Nasib la now dah ada web

Senang kerja nak survey macam beli baju nak mix and match dengan kasut gitu. hihi



Layari sesawang berikut:
PIAM

Atau 



#PlayYourRoleMY

5 comments:

  1. I lagila 20thn dh memandu berlesen ni, tetiba org langgar kereta i yg statik kt petak parking. Sbb dia x mampu byr so suh claim insurans dia. But ended up i pun kena caj namanya betterment charge. Haaa silalah google

    ReplyDelete
  2. Asalam..tak apa ambil iktibar ya

    ReplyDelete
  3. Pernah terjadi dan semuanya diuruskan oleh en. Hb maka sehingga sudah akak masih tak tahu apa.. hahaha..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 photo lumi.jpg