Pages

Monday, December 17, 2018

Sekolah Kindekaizen

Hi

Hujung tahun ni sah sah la ramai ibu ibu bapa bapa menggelupur nak pilih sekolah anak. Kalau i update pasal sekolah Adam Noah tu punya la ramai tanya.  Sekarang zaman canggih, anak umur 2 tahun pun dah mula sekolah, preschool. Currently Adam and Noah Kinderkaizen. Ok so ramai la suruh i review pasal Kinderkaizen ni. Meh sini sis cerita. Once upon a time....


Masa zaman diorang tantrum , mak i siap kata kot anak hang kena sampuk apaaa ( loghat Perak) haha



Ok ni post serious so i kurangkan penggunaan ayat merepek ya. gulp. sis istiqamah. 


Kinderkaizen ni adalah sistem sekolah yang belajar tanpa buku. Belajar tanpa buku. alaaa macam korang belajar wording english dari lagu2 yang korang dengar. Tak pasal Pitbull dapat pahala memberi ilmu ekeke. Sambil menyelam , minum air. Kalau ada pearl biji2 Tealive lagi bagos mihmih. Belajar tanpa buku tapi belajar dari fun activity yang diorang buat. Menyanyi, menari , melukis , phonics etc etc but anak korang dapat ilmu dalam fun learning tanpa stress takde siapa nak stress kan ur kids. Learn thru play. 

 Gitu la konsepnya. Takde sistem buku tak bermaksud sekolah konsep begini tidak bagus. 


I ada dua orang anak yang character berbeza..Adam & Noah. I cerita pasal character anak i dulu then u guys faham kebagusan Kinderkaizen ni ya atau kalau kalauu anak korang pun perlukan sekolah macam Kinderkaizen. 

Adam ni minat belajar (ada cara nak tackle ) . Memang dari baby dia jenis sukaaa sangat belek buku2 and hafal and kalau tengok utube pun dia more on educational punya video lagi2 pasal binatang and science experiment and cooking. Kalau tengok tv, animal planet, national geographic tu really his thing la . ( i menguap je kat belakang heeeeeeee sis nak tengok 90 day fianceee pleaseeeee )

 Dia sangat suka hafal. Tapi pada masa yang sama, Adam ni jenis emosi , manja merengek . Kalau Adam ,nak amik hati dia memang kena cakap baik2 tak boleh tinggi suara nanti dia sedih so bila dia sedih... emosi dia akan spoil habis. Then dia akan merengekkk je sepanjang hari. Jadi dia tak boleh duduk statik lama and dia tak focus. Adam punya merengek mmg power. 

-
-
-

Noah , pun sama clingy . Ni clingy jenis bila i berjalan, sanggup bergayut kat kaki i . tapi bab nak focus dan mudah suaikan diri Noah takde masalah . Cuma dah biasa duduk rumah dari kecik jadii nyaa perlukan masa sikit lagi2 i dah mula nak hantar sampai petang pukul 6. 

Anak orang lain2, ada yang dr kecik dah stay kat taska ..dari baby dah duk taska jadi new environment isnt a problem for them. Ada anak yang jenis buas , hyper etc ..depends. 

Anak2 kecik ni cenderung menangis dan taknak pergi sekolah kalau dunia sekolah tak seperti yang dia minat. Setiap budak lain2, ada yang jenis tak boleh duduk lama, tak boleh focus lama duduk statik kat meja atau menangis merengek sepanjang masa kalau dia tak selesa dengan environment yang really tense. so macam mana nak belajar dan enjoy.

So yeah anak2 i jenis clingy and tak biasa environment baru. 

Both Adam n Noah ada masalah anxiety but as they grow older, makin ok lagi2 lepas masuk KInderkaizen. Anxious child ni bila diorang brdepan dengan orang dia akan jadi gelabah, takut, malu, tantrum , nervous and diorang akan mula avoid kawan2 dan activity sekitar. Sampai skang i  masih ingat lagi gradutaion day Brainy Bunch, adui lah anak2 i punya menangis mengamuk dr belakang stage sampai depan pintu utama ada la dalam lebih 100 metre jarak nya....boleh dengar sampai diorang trpaksa buat pengumuman...

"Mother of Adam dan Noah , mother of Adam and Noah....please come to the backstage. Thank u"

Masa sampai  concert day tu,  i dah agak dah and cakap anak i tak payah join laaaa hahaa sebab i tahu apa akan jadi on the stage. mihmihh . I anggap anak i tak sesuai di BrainyBunch, lagipun masa i hantar anak i kat sana tu anak i kecik lagi. So masa tak sesuai. 

Then fikir punya fikir, i rasa anak i tak ready for pembelajaran yang perlu duduk lama2. Keutamaan i on 2018 is to fix masalah behaviour diorang sebelum alih ke sekolah yang perlu fokus dengan buku. 

So i teringat pasal Kinderkaizen yang konsep learning thru play nih. Terus i gelojoh pergi visit the school.

Apa yang i suka pasal Kinderkaizen...

- Open space. Ruang terbuka. takde kelas kecik2 dalam tu. Terbuka luas je jadi i rasa anak i akan suka since open space so luas jela takde rasa stress. Plus bila ruang terbuka luas, dorang macam satu keluarga yang besar and budak2 happy la banyak geng. 

- Banyak tools for physical activity macam gelongsor, tempat memanjat , tempat bergayut..if anak korang jenis tdo lewat ke, atau jenis hyper , jenis active...anak korang akan habiskan tenaga kat situ. So masalah tdo lewat malam tiada lagi insyaAllah. 

- Banyak fun activity. Macam kita zaman sekolah dulu la bila time Ekonomi rumahtangga masak2, kemahiran hidup bertukang buat pencil box, pendidikan jasmani ke kemain mengada . hahaaa . gitu la juga diorang kat Kinderkaizen. 

- menyanyi menari pun boleh belajar membaca. 

- Play in group. Always ada theme. Bermain sambil belajar. 

- sangat bagus untuk develop kids sensory. 

- Tiada paksaan. Masa mula2 i tanya cikgu...Adam Noah join tak bila ada activity..masa mula2 memang Adam tak join dia main sendiri je tapi for me its ok sebab lambat laun dia akan join . Jangan stress kan dan paksa nanti paksa dia pun mood swing. 

Takde syllabus atau buku tapi ada report book jugaaa hewheww











 Ni masa mula2 anak i tak dapat baju lagi. Wajah Noah so komited mihmih ingat mudah ke nak buat budak focus dan habiskan task tapi kat KinderKaizen diorang suka la sebab geng2 semua buat. 




Dua dah anak i mihmih. 



Macam ni kan belajar pasal dirty ocean. Kat rumah pun diorang praktik kan bila ada sampah diorang lari gi dapur buang. I ada habit makan gula2, sampah gula2 tu i selit poket seluar...nanti Adam marah its a rubbish throw dustbin rubbish  !!! throw rubbish !! Nada tanda seru dia sekolahkan mak dia . Dia mengKinderKaizen kan mak dia . 



Anak kalau ada masalah behaviour memang x boleh focus punya. Dia xnak buat. Cepat boring. Kalau aktiviti macam ni amboi kemahiran hidup sangat uols. 












 masak masak omey jeee. Balik rumah nak tolong i masak tapi dapat respond dah dah mama nak masak cepat ni duduk depan pleaseee. mihmih


Kalau korang minta pendapat i la kan,,, kalau setakat anak korang bawah 5 tahun tu jangan fikir serious sangat nak anak pandai itu ini lagi2 kalau mak bapak busy and tak sempat belek anak pun . Nanti anak akan stress. Kalau anak jenis kuat menangis, takut dengan orang, cuba hantar Kinder ni.  Bawah 5 tahun ok lagi biar main2 dulu. So far cawangan Seremban 2 ok, alhamdulillah Adam Noah yang susaahhhhhh nak pergi sekolah jadi suka excited nak sekolah dan jumpa kawan. Siap sebelum tidur..mama nak school. Terkejut la jugak , apa yang lega anak i suka dengan environment tu i happy dah. 

Masa awal2 Adam buat perangai jugak dan i hantar half day je biar dia biasa dulu. Then bila  teacher kata Adam ok dah then i hantar sampai kul 6. Glad cikgu pun keep me updated and tak tolak anak i mentah2. 

Tapi ni pendapat kita je tauuuu. Next year Adam will be 6 years old. I ada masa setahun utk prepare Adam untuk sekolah darjah 1 . So lepas ni i tukar QDees insyaAllah kalau tak sambung Kinder lagi. 

Lepas masuk Kinderkaizen, anak i dah banyak okay. Paling penting boleh bawa diri dah. Berdikari and sangat berani. Alhamdulillah. Perihal sekolah ni, character anak mainkan peranan jugak untuk sesuai dengan school. Tak semestinya sekolah yang famous tu confirm sesuai dgn anak korang, taska murah tak bagus....depends. Korang kena study dulu anak korang cemana . 

Yuran ohh lupa sis...

Yuran berbeza tiap cawangan....nnti Seremban 2 i update ekekke lupa. 

Toodles. 



9 comments:

  1. I feel so glad after reading this post 😄 Happy to know Adam n Noah makin pandai bawa diri yg penting diorg dah ad development and continues improvement ! 😍 Xoxo

    ReplyDelete
  2. Namee..i juga face the same problem... Huhu, tahun depan si abg dh 4 years... Decide nk hntar playschool jugak. Tapi nsib baik seminggu 3x aje... One session , 1 and half hour.. So hope he will be fine..first time dia nak g sekolah.. Risau jgk ni..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah adam dan noah suka eprgi tadika kindekaizen ni

    ReplyDelete
  4. tak peernah lagi dengar tadika ni, sangat menarik. budak2 kebanyakkannya memang tak suka baca buku lebih suka bermain.

    ReplyDelete
  5. fun learning ... menarik.
    kat sini tmpt saya, pilihan tadika mmg sangat terhad.
    well, just a very small subdistrict.
    hope in future, ada byk tadika berorientasikan fun learning di buka.

    ReplyDelete
  6. anak saya 4 tahun dah hantar pi tadika..buat masa ni biarlah dia belajar main2 dulu..saya tak tekankan kan sangat untuk dia boleh membaca.(kalau bolah baca awal, tu bonus).cukuplah bagi kenal huruf dan nombor ja dulu...

    ReplyDelete
  7. Lovely blog. Thanks for sharing with us.This is so useful.
    ghost mannequin

    ReplyDelete
  8. Sllunya.. Yuran berapa ye? Kelas seminggu bpe kali

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 photo lumi.jpg