Pages

Thursday, April 11, 2019

Kadang-kadang Rindu Sofi...

Hi..

Siapakah Sofi ? . Sofi ni kira maid pertama yang i collaborate. Guna pekataan collaborate poyo sgt ek. hahahaaaa Sofi ni kira maid pertama la yang i hire sepanjang kehidupan i sebagai surirumah. Tapi tak amik fulltime pun , dia pun taknak fulltime hahaa kerja rumah orang tiap hari lagi lumayan boleh dapat 3k sebulan hebat tak hebat diorang yang jenis rajin kerja sungguh2. Kalau sebulan 800 ke 1000 mmg hujung mata pun tak pandang. Yang bersyukur nya duk Seremban ni, nak dapat maid balik hari tu senang lah since banyak area construction rumah kan. Sini sana nak buat rumah, pastu rumah teres kecik pun 800k emo pulak sis tapi takpe sebab rumah2 teres ni semua lah sis berjodoh dengan Sofi. ekkekekeke



Ok ok balik pasal Sofi, so dulu masa baru beranak Adam sebulan sekali mesti panggil si Sofi ni datang kerja kat rumah. Ramai indon yang datang sini semua kebanyakannya sebab nak bayar hutang. Ada yang hutang kahwin , ada yang hutang buat perabot eh macam2 hutang lahhh macam la korang tak biasa dengan term hutang. ekekke.  Kiranya diorang ada hutang kat kampung diorang, then datang Malaysia sebab nak bayar hutang lah. Tinggal habis semua anak2 kecik kat kampung sebab nak cari duit kat sini. Sofi ni tiap kali tengok Adam mesti dia macam sebak, rindu kat anak dia sebab dia tinggal terus anak dia n datang Malaysia masa anak dia umur 2 bulan sebab nak follow suami dia kerja kat sini cari duit bayar hutang and menabung nak upgrade rumah kat kampung.


Sofi ni lah yang banyak tolong i macam hal hal bersih tingkap, sliding door ke kipas ke, longkang ke semua lah dia. Kira sebulan sekali mesti ada proses rombak cuci rumah besaran lah. Masa tu la nak buang segala benda , masa tu lah nak kilatkan benda, masa tu lah cek cek barang yang tak pakai , masa tu lah nak cleanup semua orang punya mess contoh macam sekarang i berishkan tingkat bawah je sebab setiap hari depa sepahkan n kotorkan tingkat bawah so level bawah jela i sempat dan larat. Tingkat atas guna untuk tidur je so xla sepah atau teruk. so bila panggil maid sebulan sekali ni la depan tolong i clean kan semua benda yang i x sempat nampak. Contoh macam kalau anak i main benda sorok2 kt celah2 mana yang i tak tengok tu...so tu jobscope maid tu la . Segala celah sis nak uols tengok kan yaa. 


Yang bestnya, si Sofi ni tak payah ni kita tak payah suruh tiba2 dah licin berkilat kosong semuanya . sumpah best Sofi ni. Masa mula2 dia kerja tu, i siap nak list kan lagi nak suruh dia buat apa takut tertinggal sebab sebulan sekali je panggil Sofi ni since dia pun jadual full gila okay nak dapat khidmat dia punya la nak kena book awal. Gigih sis nak bagi list , pastu dia kata "tak apa tak apa thaya tahu kak" . Syed Saddiq juga Sofi ni tak boleh sebut S. Yang book semua berlumba-lumba nak pakai dia pastu yang book dia orang orang kaya sodok ratus2 kat dia hahahaa i pay RM100 je tiap kali kerja ok la rumah i kecik je yang orang kaya banglo bilik 20 tu yela bagi 400 sekali kerja . So i selalu tewas dengan ong ong kaya ni. Mereput. I guna anak i dan luka czer je untuk tagih simpati supaya dapat book dia hahahaha..masa i baru pantang bersalin tu dia pun salah sorang saksi keseksaan i la baru few days czer. So i boleh la guna peristiwa perit tu untuk memohon simpati Sofi. hehehehhe



Best dia ni, satunya tak payah suruh , dia tahu nak susun nak kemas nak buang yang mana. OCD pun ye Sofi ni. Boleh tinggal je dia kat rumah sorang pun ok, balik2 rumah dah macam baru dah kadang siap alih2 perabot hahaaa depends la. Kalau i suka je dia creative2 tak tentu hala ni . If i tak suka i alih je la. Suka ke tak suka cakap je terima kasih tanda hargai. Selalu kerja taknak makan. Tak tahu kenapa dia taknak makan. 



Bukan la nak beza beza kan maid yang pernah kerja selama ni tapi Sofi really one in a million lah. 


Mana nak dapat maid yang dengan riang gembiranya nak kemas setiap sudut ceruk rumah tanpa disuruh. Siap dengan stor2 dia rapikan. Kabinet dapur, yang mana tak susun betul semua dia rombak balik. Kalau dia tengok barang2 kat ruang tamu yang macam tak perlu,nanti dia rombak store and susun bagi rapat2 sangat and sumbat barang dari hall yang tak berkaitan tu. contoh macam kipas rosak, kalau nak tunggu i memang amik masa lah nak alih keep dalam store sebab store dah penuh so nak tambah masuk barang kena la keluarkan sesikit barang then baru masuk barang baru. 


Bukan takat store, kabinet vitamin, almari lotion ke semua dia bukanya. Some may rasa benda tu privacy kan tapi kalau rumah i, takde benda. So memang i izin kan je dia buka . Dapat greenlight , memang onz la dia OCD sana sini. 


Haa pastu bab nak tukar cadar. Selalunya kita pilih cadar bagi dia suruh tukar takut caca merba kalau depa pilih tapi kalau Sofi ni tak yah pesan pape ya. Dia sendiri belek kabinet cadar and pilih mix n match sendiri. Tak payah suruh pape, cadar previous dia cuci tunggu kering and lipat masuk bag cadar balik simpan balik dalam almari cadar. haiihhh



Pernah sekali tu, rumput rumah ni dah panjang sikit. I x sure la pesal bangla taknak lalu sangat dalam taman i ni. Kalau time rumput panjang, jiran2 semua rumput panjang. Masing2 menunggu bangla datang lettewww. One time tu i tinggal je Sofi kat rumah while i ada event masa tu. Balik2 rumah je tengok rumput pendek , ingatkan bangla datang ke apa. Baru rasa nak naik angin, sukati izin bangla masuk gate rumah. Pastu pelik, i takde tinggalkan duit pun camne dia bayar bangla nya . Rupanya dia gunting rumput dengan gunting satu2 helaian rumput. Gunting kecik ok, bukan guna gunting besar . Punya gigih dan sungguh2 nya dia nak bersihkan rumah orang. haihhhhh 


gunting ini ya



Rajin buat kerja beriya, tak pernah letak harga. I kadang bual la dengan dia. Ada je tuan rumah bagi RM20 pun dia terima. I yang pulak tak puas hati hahaa sebab tahu dia buat kerja bersih sangat. Tapi Sofi cakap "tak apa kak Thofi terima itu rejeki Thofi" . Baca gaya S Syed Saddiq. Tak complain n tak pernah minta makan. Kalau bagi makan pun dia xnak makan. Bawa balik je nanti makan. Sofi ni umur sebaya i. 

Alasan biasa bila belikan makan...."tak apa . Thofi nya sudah ada Redbull"






Sekarang, banyak benda yang tak sempat nak teliti. Contoh anak main buas2, langsir terkenjut n terlari dari soket. Adam Noah tiba time buas dia , railing langsir pun bengkok. Benda2 macam ni lahh yang Sofi always common sense. Dah nampak tak okay, cecepat dia betulkan. Sekarang Sofi sudah tak ada, dah hujung minggu dah malam then baru la i amik tangga panjat and betulkan. haihhh oh Sofii...


Sofi dah lama balik kampung. since aim dia nak bayar hutang je, so dia dah berjaya collect wang untuk bayar hutang. Balik kampung nak focus family and tambah anak je. 


Soalan "Sofi taknak balik sini ke?" ni soalan sensitive. Kalau i tanya kat bibik skang Sofi dimana, muka macam merajuk je padahal i nak tanya khabar je hahahha. ( dalam hati tak sabarrr nak guna khidmat Sofi kembali hihihihihi gelak mengilai )


Last i jumpa Sofi 5 tahun lepas. 

Dear Sofi....

Miss u Sofi. 

Rumput dah mula panjang btw. Sekarang i terpaksa bangla kan diri i bulu dada . Nasib ada Shopee jual pemotong rumput canggih murah hahaa.

Sofi jom la balik sini kita try mesin niiii..... :P







7 comments:

  1. Kalau maid mcm ni mmg sng. My parents pny maid jaga dorg di kampung mak aihhh besar kepala! Keje dia tdo ptg lps tu kalau my mom panggil terpekik2 dia boleh tny apa lg mahu org tua?? Mmg kena nyahhhh dgn i!

    ReplyDelete
  2. hehe, comel je merindui si sofi..

    ReplyDelete
  3. Hahjhfhzhshdhphzz.. Yang last last tu hilang jap kemurungan ai baca... Mana lah si sophie tu sekarang ya ??. Entah ada masuk malaysia ni..

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing this information. It is a very nice Article. Clipping Expert Asia Provided best image manipulation and more other services...if you want to know click the below link.
    image manipulation service

    ReplyDelete
  5. Azhan: kadang2 dah takde baru nk rindu. huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 photo lumi.jpg