Showing posts with label Beauty Tips. Show all posts
Showing posts with label Beauty Tips. Show all posts

Friday, February 8, 2013

Perut Paling Cantik.

Hey hello... :)

( untuk para gadis yang idamkan body cantik )

Semuanya bermula bila ada orang tegur saya... 

Rakan: "namee perut kau dah ada isi eh ???" 

Saya: Saya yang blur was like "haa isi apa". \

Rakan: "alah kau ni . baby lah !!"

Saya: Tskkk (rasa macam nak tikam diri)


Hoi ! Time tu baru less than a week kot kahwin masa ditegur tu. Macam mana baby bump nak nampak cepat sangat. Takkan anak dulu before nikah kot. Ternyata apa yang terbonjol itu adalah bonggol lemak kehadapan.Macam tak percaya tapi terpaksa percaya walaupun kurus tapi berbonggol. Pnggang 26 tapi ada bonggol. Amagaaddd.

Sobs. Sebelum ni selalu tengok orang yang badan slim tapi ada bonggol.  Sllim tapi perut kedepan. Selalu rasa pelik . Tapiiiiii.....tetiba saya pun ada bonggol !! Amagaaddd ! Rasa macam "omg ni kot balasan sebab selalu duk perhatikan perut buncit orang, kan diri sendiri dah kena!!" . padan muka.sobs

Sobs. Korang perasan tak ramai yang body slim tapi banyak bonggol? Perut tak flat pun. Pernah tak ? Seriously ramai empunya diri yang slim tapi perut bonggol ke depan ni akan rasa sebab diorang ni gemuk. Lepas tu mula lah cari sana sini ubat kurus untuk kempiskan perut.! Tapi semuanya berpunca faktor pemakanan sebenarnya.

Saya adalah salah seorang mangsa perut bonggol kedepan ye semua. Berat badan 46kilo dengan tinggi 164cm tapi perut macam orang pregnant 3 bulan. Tapi saya tak rasa saya gemuk sebab tempat lain takde layer berlebihan pun tapi sendiri pergi doctor untuk nasihat.

Oh semuanya berpunca dari pemakanan ya. Okay. :( .So ini beberapa tips in reducing your.....our.....and my own belly fats ! Saya dah praktis dan perut saya currently in 90 degree angle condition. 


takde bonggol. ini dipanggil perut lurus 90 darjah. mihihiweheheh

Tapi bila over-confident sangat tak jaga makan jadi macam ni..

Kalau taknak mimpi ngeri.....sila....


1. Drink plenty of water
Paling penting sekali , minum air suam banyak. Ramai rasa minum air suam banyak akan buat perut kembung tapi sebenarnya air bantu dalam proses metabolic kita. Higher amount of water akan leads to higher metabolic rate makes the body capable to burn the fat quicker. Air juga bertindak as a cleansing agent. Kencing selalu takpe, as long as our body is free from various biological toxins as well from fat inducing liquids. pheww

Jadi jangan lupa minum air suam 8-9 gelas sehari okay.Kalau rajin titiskan few drops of lemon dalam air suam kita supaya fats akan dibakar rapidly!


2. Fruits before meal. 
Selalu kita makan buah after heavy meal padahal yang sebetulnya is makan before meal.(Adik saya belajar dari madrasah) . 


sumbat papaya dulu. then only approved untuk makanan berat.

Yang saya faham, badan kita perlukan insulin. Badan kita dapat insulin dari makanan-makanan yang kita dah makan. All this while, our pancreas work extra hard untuk maintain kan insulin dalam badan. So bila kita makan buah-buahan yang mempunyai fruktosa, sebelum makan nasi...Buah yang dah dimakan tadi tu dah dihadam terlebih awal untuk bagi kita insulin. Selepas makan nasi, tak lah badan rasa mengantuk sebab pancreas tak perlu bekerja kuat sangat untuk hasilkan insulin sebab buah tadi tu dah bekalkan. Kalau makan buah after nasi/heavy meal....makanan berat akan lambat hadam, so buah yang tengah beratur belakang nasi tu lama-lama basi lah zat nya. Faham tak ni ? sobs


3. Do not starve !
Ceh, konon nak diet ah sebab perut bonggol dah macam separa bumi.Diet tahan lapar sampai breakfast pun skipped. Lepas tu tak tahan, makan extremely gelojoh .Lama-lama perut jadi rosak dan buncit. Recommended a habit to eat smaller meals frequently throughout the day. Bila lapar, ambil makanan ringan and chew something macam kacang ,kurma ke. Jangan semangat tinggi tahan lapar lepas tu ....hentam makan semua. Ingat ya, masa lapar syaiton berdiri kat sebelah pun sibuk bisik kata semua makanan yang nampak di mata adalah sedap gila. tskk. Sumbat macam-macam dalam perut dalam satu masa akan buat perut kita makin luas juga. Akan melatih perut untuk lapar-lapar-lapar end up akan gemuk sekelip mata.


4. Chew your food until it's liquefied
Sebab tu lah sunna nabi kita pun pernah sebut pasal kunyah 44 kali. Have u ever heard of it ? Ada yang kata 30 kali, 40 kali dan 44 kali. Kunyah sampai hancur sebab mudahkan kerja penghadaman.Plus bila kita kunyah sampai lunyai, enzim dari air liur yang dah bercampur dengan makanan tadi tu lagi mudah lah nak digest. Dulu belajar science , ingat tak enzim amilase tu apa ??? haaa . Cikgu ajar dulu kat sekolah tumpu perhatian ke tak ni?? tskk.


5.  Have adequate sleep
Emmmm no late night movie/drama. Internet semua kasi tutup. We need at least 7 hours of sleep. Bila stress tak cukup tidur , hormon cortisol akan tehasil. Cortisol ni lah yang jahat yang akan tambah lemak dalam belly. Visceral fat .


nampak tak bonggol ? 


6. Say no to junk food
Dah sah sah memang tak berkhasiat. tskk. rindu nak makan tapi  takut perut bonggol and muka dull maka .......kami putuskan hubungan.


7. Elakkan makan nasi berulam air
Makan sesuap , teguk air, Makan sesuap , teguk air, Makan sesuap , teguk air, Makan sesuap , teguk air, end up anda akan kembung . Enzim yang ada pun cair sebab terganggu oleh air bila makan teguk makan teguk repeatedly. Sebaiknya minum 10 minit sebelum makan atau sekurang-kurangnya sejam selepas makan.

8. Bersenam bersama kucing anda yang juga obesiti

 kucing gemuk sebagai dumbbell.

Praktis selama 2 minggu, perut anda akan jadi lurus on side elevation. Tak caya try. mihihihi .

ini baru lah perut sempurna. takde bonggol pun. kempis . Sebab penghadaman sihat. Eh six pax takde ke ??? In the making.


kan best 6pax boleh beli kat motor jual roti. haha


Happy reading and thank you :)




10 Rahsia Lelaki Yang Perempuan Perlu Tahu !


Thursday, January 10, 2013

Recipe# Juice

Hey hello... :)

Adira AF tu cakap kalau nak putih nampak berseri banyakkan minum juice macam ni. (strawberry + blueberry). Amalkan tiap hari. 

Entah kenapa semalam saya macam tiba-tibe teringin nak minum juice. Tengok astro ada rancangan pasal kecantikan. Katanya kalau nak nampak berseri , awet muda and bibir sentiasa pink, kena makan banyak makanan yang mengandungi antioxidant.  Banyak kebaikan antioxidant ni. Kalau bab-bab nak cantik, memang saya berminat and laju je. mihmih (gelak anjing  cartoon 3 ninja).

Tapi kalau nak minum juice, elok buat sendiri. Juice yang jual kat kedai tu tak elok sebab banyak gula sangat and ada bahan pengawet. So, baik buat sendiri je. Bukan susah pun cuma nak basuh blender jela "ala malasnya". haha. Takpe berbaloi cuci fruit processor tu sebab nak cantik kan? mihmih..Apa la sangat basuh blender everyday compared to cantik blink-blink. hehe

Semalam saya saja lah experiment , cuba buat juice. Sedap pulak jadinya ! mihmih. Ni yang excited nak share ni. 

Simple sangat juice ni tapi sedap.Bahan-bahan pun sikit je.

2 buah apple
Kupas kulit apple. Tak kisah la kupas macam mana asalkan appletu takde skin. naked. Malu nak tunjuk hasil kupasan saya.gila buruk apple tu jadi. haha. Then potong dadu apple tu.


1/2 cup of blueberry
Basuh blueberry. 


1/2 cup of strawberry
Basuh strawberry.


1 buah peach
Kupas kulit dan potong dadu.


Dah settle potong memotong, masukkan semua dalam processor laaa. Macam ini !

Blend sampai semua benda dah hancur. Masukkan setengan cawan air suam. Sukahati lah air suam ke air sejuk tapi air sejuk tak elok untuk perut.Nanti perut buncit, usus kembang. Muka dah lawa berseri-seri tapi perut buncit pulak.Tak best pulak. mihmih. Might as well  boleh ubah habit, amalkan minum air suam ! :)

Dah blend, kalau blender takde tapis, tapis lah sendiri guna penapis. Ambil air tu je. Tapi yang saki baki tu makan pun bagus gak sebab banyak fibre !

Kalau saya, saya minum air tu je.hehe.sedap.

Ni recipe Adira jugak ni. Adira kata makan banyak buah yang banyak antioxidant kalau nak putih melepak. Macam dia lah ! Geram tengok kulit dia, cantiknya ! :B

Apakah yang AntiOksidan boleh lakukan untuk anda?
(1) Melambatkan proses penuaan.
(2) Merendahkan paras kolesterol.
(3) Mengurangkan risiko atherosclerosis.
(4) Membantu melindungi daripada penyakit jantung dan strok.
(5) Mengurangkan risiko segala jenis kanser.
(6) Bantu mengurangkan progres penyakit Alzheimer.
(7) Melambatkan pertumbuhan tumor.
(8) Bantu badan untuk detox carcinogens.
(9) Bantu kesihatan mata, elak masalah penglihatan.
(10) Melindungi badan dari kerosakan yang berpunca dari hisapan rokok.
(11) Melindungi badan daripada Chronic Obstructive Pulmonary Piseases(COPDs) - athma, bronchitis, dan emphysema.
(12) Melindungi badan dari pencemaran alam sekitar.


Tapi yang utama,sebab nak muka berseri. mihmih

Cubalah. Happy reading and thank you :) 


10 Rahsia Lelaki Yang Perempuan Perlu Tahu !


Sunday, January 6, 2013

Tips# A Month Before Wedding

Hey hello... :)

Berkobar-kobar nak kongsi benda yang miracle !

Gulp. you know,muka saya jenis berminyak sangat. Bukan minyak biasa tapi sangat-sangat berminyak. Kalau hari biasa, memang nampak berkilat. Dalam handbag mesti nak kena standby "oil control film" tu. Kalau tak, memang lah gelabah nak wipe dengan wet tissue. sobs. Masa wedding pulak memang stress tahap max punya sebab busy with all the preparations. Kulit muka pun bertambah-tambah berminyak.Paling worry time wedding day. Takut makeup cair. Kalau bayar mahal mana pun, dah kalau kulit jenis oily sangat...sayang je rosakkan makeup sikit.

Ini alien muka minyak. kulit kalau tak cerah sangat pun takpe, tapi jangan berminyak. nanti nampak macam busuk.serious. 

googled : tapi macam ni lah rupanya minyak dari muka saya. eeeeee

Seriously rasa sedih and worry sebab kulit muka bertambah-tambah minyak sebab stress. Tapi selama sebulan before tu memang saya strict sangat pasal kulit berminyak ni. Banyak gak la yang saya cuba demi merealisasikan impian untuk get rid of oil. 

Tapi tahu tak macam mana saya kurangkan minyak ?? 

1) Vitamin C and Collagen
Seriously kalau nak kurangkan rembesan minyak,kena jaga  dari perut ! Orang kata vitamin C boleh kurangkan kulit muka berminyak. Dah 3 bulan saya makan vitamin ni...alhamdulillah memang berkesan.So far, vitamin C yang saya consume ni memang sangat-sangat best ! Kulit saya jadi tahan ! Dulu kalau pergi solat kat public surau and pakai telekung kongsi-kongsi pun akan tumbuh jerawat. Kena bacteria sikit pun, dah mula tumbuh-tumbuh ruam.Since makan vitamin C pahang pharma tu, memang jarang lah tumbuh jerawat ! Fuhh. Satu masalah dah selesai. Kulit yang extra oily pun jadi tak oily sangat. yeehaa ! Dulu makan vit c organik dr laily ni jugak, best jugak. :)

Tapi untuk kahwin ni, nak la cantik lebih sikit. So sebulan awal saya cuba VITAMIN C PLUS PURE MARINE COLLAGEN pulak ! Nak nampak extra berseri punya pasal ! 


Hasil, kulit jadi halus and tone sekata.

gambar tak edit, tak makeup langsung. (abaikan dark circles dan makin gemok) mihmih. vitamin C and collagen tu buat kulit muka tahan. stress pun tak tumbuh jerawat. awesome. mihmih


2) Cuci muka dengan air sejuk/ ice.
Tiap kali nak cuci muka, cuci muka dengan air sejuk atau air yang berendam dengan ice. Sebab benda sejuk boleh tutup liang pori, so minyak pun tak keluar ! yippie ! Amalkan at least seminggu sebelum ! Confirm takde minyak langsung.

3) Minum air suam banyak
Ni pun penting untuk buang segala toxin dalam badan. Segarkan kulit yang kering. At least 8 gelas sehari.

4) Jangan skip breakfast.
tahukah anda, bila perut kita kosong perut kita akan rembeskan satu jus. Jus tu akan buat kulit kita merembes minyak yang berlebihan dan akan membuatkan wajah kita tua dari usia. hati-hati lah dengan jus perut kosong. Even time puasa pun, kita perlu sahur. 

5) Toner
Paling penting toner, pelembab tak payah pakai untuk muka yang oily. Sebab kalau pakai, bertambah oily je nanti. Wajib pakai toner sebab toner tolong untuk kurangkan minyak. 


Kalau ikutkan semua cara di atas, memang insyaAllah berkesan. Memang tak berminyak.

See, makeup maintain lagi. mihmih.Selain kepandaian jurumekap, langkah awal juga penting ok!

Paling penting ! Jaga perut, jangan skip breakfast and makan supplement !! Kalau nak cuba supplement yang saya makan , fyi saya beli dari Laily Beauty Care, dah macam pelanggan tetap dah ! hehe. Thanks laily !tanpa anda, saya dah jadi orang minyak kot. 


Happy reading and thank you ! :)


10 Rahsia Lelaki Yang Perempuan Perlu Tahu !


Tuesday, December 11, 2012

The Ideas of Beauty

Assalamualaikum..well hello....:)

I dont even know what is the exact feature to describe beautiful. 

Kalau lah dalam exam ada soalan macam ni...

Exam sitter 1
Please define beauty of a woman ?
macam muka Song Hye Gyo. !


Exam sitter 2
Please  define beauty of a woman?
Sandra Bullock !! Muka segi, hidung tajam.

Exam sitter 3
Please define beauty of a woman?
Muka kecik, runcing. mata bulat besar


Muka macam muka macam ? Macam-macam muka. Kalau buat exam mesti banyak gila jawapan. Examiner pun terjun bangunan bunuh diri tak tahu nak bagi siapa full mark for the perfect answer. Even examiner pun ada taste sendiri . :/ So sesiapa yang dapat examiner personal taste macam Naomi Campbell , korang jawab cantik muka macam Korea. ? 

The answer is depends on the examiner.Heck the examiner has his own taste on describing woman beauty...Siang malam duk angau kat Naomi Campbell. so hell no untuk muka Korea mahupun muka Mat saleh. sobs. No point for you. sobs. 


Beauty is subjective. Its in the eye of the beholder. A'ah. Pernah one time, kawan sekolah saya cakap muka cantik hanya macam muka Korea je.  .So saya yang takde Korea langsung ni of course " ermmm, muka saya tak macam Korea. :( i feel uglayyh and terus naik lift sampai tingkat 8 nak terjun tapi takut nak terjun.  

Tapi kalau dia tanya saya balik muka cantik tu macam mana, mungkin dia pun akan naik lift sampai tingkat 8 dan cadang untuk terjun . lol. different personal taste. 

Saya pulak selalu rasa manusia yang hidung kurus dan concave. Meleding with slightly sloped bridge with a small tip macam ni...


So manusia yang ada hidung macam ni, you instantly caught my attention. tahniah



Kalau macam ni macam mana pulak ? Kalau diorang datang sini and jalan-jalan kat KLCC, mesti semua pelik dan takut. Padahal diorang kalau kat negara sendiri hot gila . hoiihh. Culture berbeza. Siapa tak pakai neck ring ni, dia tak cun.  Ini factor different culture pulak. Kalau datang sini,mesti diorang nangis pulak dah kita semua kata huduh, ngeri,pelik. sobs. 


di sana tengkuk panjang macam giraffe itu jelita. the ideal of beauty. 

Fashion & Trend. Different personal taste, different culture and perceptions. Lepas tu impact pulak dunia fashion and trend. Sebab tu lah trend plastic surgery tu menjadi-jadi. People willing to do anything in order to achieve the standards of beauty. hoihhh. Even Victoria Beckham pun implants dada dia on 2009 sebab time tu tengah trend dada lebih besar, then on 2011 dia buang implants sebab sekarang trend dada kecik. Sigh. How the perceptions of beauty give an enormous impact towards fashion and recently on surgery trends. Gilo gilo. 

Lagi satu trend gap tooth ni.Kalau dalam dunia modelling, gap toothed is smashing. Tapi kalau kita orang biasa.....sibuk pakai braces .kan ? 

So tak payah lah nak rasa hodoh. The ideas of beauty ni luas and very subjective. 

Kalau you tengok cermin and rasa hodoh, sebabnya you nak jadi orang lain.diri sendiri bukan taste sendiri. =.= Padahal orang lain tengok muka you , ada yang sibuk nak muka macam you pulak. 

Saya ni yang tulis tulis ni pun sebenarnya teringin nak muka macam ni..
hoihh hidung kurus

tapi bila musim semua orang gila korea










teringin nak muka macam ni pulak...


heh. manusia manusia

Toodles. Happy reading and thank you. :)



10 Rahsia Lelaki Yang Perempuan Perlu Tahu !


Friday, October 19, 2012

Tabita SkinCare

Hello peeps...

Antara korang ada tak masalah open pore kat kulit muka ? Selalunya masalah kulit muka ni punca nya sebab kulit muka berminyak / over oily sampai kulit jadi kotor dah tu bila kulit berminyak, liang roma akan terbuka sebab tersumbat minyak dan kotoran. Aku ada masalah yang sama, tak tahu lah nak buat macam mana lagi. But then kawan aku suggest aku cuba guna product TABITA dengan intention untuk hilangkan pore je ! Plus, sebab katanya famous jugak dikalangan artist Indo dan Malaysia. Aku pernah dengar tapi tak pernah try. Aku memang tengah runsing pasal liang pori terbuka pun kat muka ni. Nampak buruk gila kot bila muka ada lubang-lubang. Sedih. :(
my open pores. :(

after tabita. gambar tak makeup yet pore lubang memang tak nampak.

Aku tengok Ayu Raudhah kata Tabita ni elok sebab dia pakai...So, aku yang cepat terpengaruh dan nak hilangkan pori ni pun....hmmmmmm....cuba lah jugak ! hehe

Aku cuba Tabita Skin Care ni, Alhamdulillah pori aku semakin tertutup. Yang utamanya, Tabita ni tolong keringkan kulit aku. Reduce kan minyak dan seterusnya kecilkan pori-pori tu. Jerawat jangan haraplah nak ada. hehe. Nah tengok gambar ni....

Yang best nya , Tabita ni guna bahan semulajadi. Memang elok sangatlah kat kulit aku yang sensitive sangat ni. Kalau guna pencuci muka yang banyak bahan kimia, mesti jadi merah-merah dan pedih. Bahan utama nya adalah estrak papaya, yang juga mengandungi vitamin A, C & E. Vitamin A dapat membantu untuk mengeringkan jerawat. 

Harga Tabita ni mahal sikit lah tapi aku rasa worth lah dengan keberkesanan dia dan fungsi nya yang menyeluruh....

* Menghilangkan jerawat & parut bekas jerawat
* Menyamarkan & menghilangkan bintik - bintik hitam & putih di wajah
* Mengecilkan pori - pori
* Pigmentasi atau warna kulit tidak sekata
* Memutihkan & mencerahkan warna kulit
* Meremajakan & membuatkan kulit nampak bercahaya
* Menegangkan kulit muka, sehingga anda kelihatan lebih muda
* Menghilangkan parut di wajah
* Menghilangkan kedutan
* Mengatasi masalah jerawat
* Mengatasi masalah jeragat
* Meyerikan kulit yang kusam

Ni pengguna Tabita jugak ni...


Kalau rasa nak try, boleh order kat sini ... Biar mahal tapi berkesan. :) Sekarang saya dah tak guna tabita. Tapi takde kesan sampingan pun. cuma kulit dah tak glow sgt. 

Happy reading and have a nice day.. :)





10 Rahsia Lelaki Yang Perempuan Perlu Tahu !


Tuesday, September 18, 2012

Tips Kecantikan Yang Terbukti Berkesan.

Hello peeps....

Saya tulis panjang sikit pasal tips kecantikan ni sebab saya compile semua products yang saya guna. 

Previous days sudah cerita pasal inner step untuk tips kecantikan kan? Ini nak cerita tips kecantikan yang outer punya pula. Benda ni dah lama orang request sebab nak tahu product apa yang yang saya pakai untuk "tips kecantikan". Actually, tidaklah "tips kecantikan" sangat tapi product apa yang aku pakai dan langkah penjagaan yang sangat berkesan so far. Banyak product yang aku dah pakai pun selama ini and all of it memang established punya products yet aku tak puas hati sangat. So tips kecantikan yang aku nak share ni memang merangkumi semua steps tips kecantikan yang aku pernah cuba dan memang berkesan. Ni memang saya tak tipu punya.

Utama kalau nak jaga kecantikan kulit....

1) 3 special steps : Harian
"Follow these steps!"
Pencuci muka Yanko, Cellnique Skin Action Sebum Gel, DHC Moisture Fruit Cream ,yang kuning tu Yanko night cream.

Pencuci muka
Kulit aku jenis yang berjerawat, berbintik hitam, berminyak , sensitive. Memang banyak masalah gila la muka aku dulu. Banyak sangat jerawat kat pipi. Aku banyak cuba product dan aku pernah pergi New York Skin Solution pun tapi semua tu tak 100% cure aku punya masalah. So, bila aku cuba nasib dengan Yanko ni eh eh, muka aku elok gila, jerawat memang susah lah nak tumbuh. Blackheads kat hidung pun berkurang, emmm banyak mana berkurang? 90% berkurang lah. For Real ! Basic nya Yanko yang elokkan muka aku. 

Tahu tak fungsi toner ? Banyak fungsi nya...

-tutup liang roma
-tegangkan kulit 
-buang cela
-putihkan kulit
-memudahkan cream meresap 
-toner ada 'astrigant' untuk kurangkan kulit berminyak and jerawat

Sebelum pakai cream pelembap,kena pakai toner dulu sebab toner ni membantu cream yang kita sapu tu tak serap terus ke dalam kulit, dan pelembap hanya perlu berada di atas kulit bukan straight serap terus dalam kulit ye semua. Ia hanya membantu untuk lembapkan kulit .That is why kita perlukan lapisan toner sebelum pelembap.

So dari fungsi-fungsinya, ternyata kita memang perlukan "toner" dalam tips kecantikan kita ini ! Sangat perlu !

Untuk toner, aku tak pakai toner biasa yang biasa pakai dengan kapas tu sebab aku dah jumpa product baru yang boleh ganti toner dan kurangkan blackheads dan kecutkan all the liang roma. Sangat membantu untuk ratakan tona warna kulit. (kulit jadi lembut, gebu, cerah, tanpa cela, cantik )

Cuba tengok tepi-tepi hidung aku tu macam ada line and area tu selalu mengelupas dan jadi bertanda sebab selalu hembus hingus dengna tissue dan tarik hidung...so a bit melecet lah tapi bila aku pakai Cellinique ni, kulit muka aku rata. Line-line mengelupas tu semua hilang dah. Kalau korang ada masalah kulit kelupas tepi-tepi mulut nampak macam lebam je area tepi bibir and upper lips dah nampak macam misai sebab kelupas, product ini boleh selesaikan problem korang tu. Yang paling best, blackheads sangat kurang dan tak tumbuh dah ! you guys should try.

Pelembab
Fungsi pelembab muka? Pelembab ni sebagai pelindung jugak dalam tips kecantikan. Buat kulit nampak cantik dan smooth. Kalau tak pakai, kulit nampak kering sangat. Eventhough kalau kulit minyak pun, kena pakai thin layer at least and kalau kulit berminyak pilih pelembab yang oil-free. Pelembap ni penting bila kau nak apply makeup. Tanpa pelembab, kulit kau akan nampak bertompok-tompok bila apply bedak compact. Seriously.

Krim Malam
Malam sebelum tidur jangan lupa cuci muka, then sapu night cream korang.

2) Solekan Harian
Natural makeup
Bedak Shiseido , Mascara yang elok Shiseido dan Revlon, Lipstick yang elok dari Maybelline, Shiseido dan Revlon. (yang saya pernah cuba)

Aku tak suka makeup tebal. Sebab nanti kulit jadi tak sihat sebab tak dapat bernafas. Tapi as a protection, aku pakai bedak compact untuk prrotect kulit dari UV. UV sangat bahaya untuk kulit. Jadi, bila nak keluar rumah tu make sure at least ada layer yang alas kulit so that protected dari UV.

Okay, gambar bawah ni, aku pakai 3 special steps (pencuci muka Yanko, sebum gel Cellinique as toner dan pelembab). Then, pakai bedak compact Shiseido , mascara from Shiseido dan lipstick light pink from Maybelline) . Here you go natural look. Nampak berseri sikit pun sudah lah. 


Selalu keluar dengan solekan macam ni je. Tak heavy. Makeup sekadar nak lindung kulit dari UV. rambut serabai freezy

Tapi kalau rajin, saya akan apply concealer dan penutup pori juga...
1)Bedak compact dari Shiseido, 2)Concealer from Shiseido memang natural, 3) yang tube panjang tu Pore Smoothing Corrector untuk tutup pori yang terlampau obvious terbuka dari Shiseido

Dah makeup semua, jangan lupa cuci balik makeup semua tu dengan wet tissue ! Kalau basuh dengan air je, memang takkan keluar dari muka and end up akan tersumbat dalam liang roma dan jadi lah jerawat batu batu !! :B . Make sure cuci makeup ok. Boleh guna wet tissue and any other oil yang takde alcohol.

3) Weekly / Mingguan
Scrub dan mask 2-3 kali seminggu .

Scrub 2-3 kali seminggu, lepas scrub straight away pakai mask okay. Tapi kalau yang jenis muka jerawat tu, jangan guna scrub yang kasar. Scrub slow-slow je, sebab takut nanti jerawat tu bertambah luka. 


Scrub dari SKINFOOD diperbuat dari gula and mask gel dari Cellnique intensive soothing and hydrating masque. 

So, itu saja lah tips kecantikan dari saya. Tips kecantikan yang tak berapa nak tips tapi ini lah product yang totally berkesan kat saya. Dari asal jenis banyak gila jerawat dan asyik nangis je tengok kulit tak cantik. hehe. Kalau nak kulit cantik , cerah, putih dan gebu tanpa cela, sila lah jaga muka. Pagi dan malam jangan skip cuci muka, nak nak kalau jenis muka banyak jerawat. Cari lah product yang sesuai dan kalau boleh less bahan kimia. 

Tips kecantikan yang lain yang saya pernah practise dan berkesan...

Bangun awal pagi , lepas Subuh tu jangan tidur. Nanti korang tengok kulit korang jadi putih dan berseri. Tidur banyak kan buat muka lebam dan kusam. Plus tak salah pun berjaga awal pagi lepas Subuh, rezeki tidak lah tertutup.

Jaga solat, air wuduk tu yang mendatangkan seri.

Mask telur. pakai bahan semulajadi lagi elok sebenarnya. Ambil putih telur tu dan sapu pada muka. Lapik kan dengan tissue.Tunggu telur tu betul-betul kering dan tarik secara perlahan. Habis blackheads and whiteheads korang akan tercabut sekali. Buat selalu, mukapun akan licin, gebu , putih , cerah tanpa cela.

Makan Vit C dan Collagen

Minum banyak air suam

Tidur 6 jam je.

Banyak lagi tips kecantikan untuk jaga kulit jadi cerah, gebu dan licin cuma perlu rajin je. Jenama apa pun takpe asalkan sesuai kat kulit. Kalau bila korang apply sesuatu product kat muka then korang rasapedih, maksudnya product tu memang tak sesuai lah untuk korang.

So, jenama yang saya guna pun campur-campur ikut kesesuaian. Kalau nak tips kecantikan lagi baca tips kecantikan dari majalah pun banyak. :)

Happy reading and have a nice day..

p/s: nanti saya cari gambar lama-lama saya yang time banyak jerawat dan kusam tu and share  kat sini okay.So that bagi semangat lah kat korang kalau ada masalah yang sama. ecewah.


10 Rahsia Lelaki Yang Perempuan Perlu Tahu !


Wednesday, September 12, 2012

Tips Kulit Putih Gebu

Hello peeps...

Excited ni nak cerita ubat ada magic ni !!! weeee. Sebab terbukti berkesan dekat diri sendiri :D

Tips kulit putih gebu? Kulit sendiri tak cantik, nak bagi tips kulit putih gebu plak. Geli tak ? haha. Okay, terus terang lah, kulit aku memang bukan jenis flawless mana pun. Tak lah licin macam Korean kulith hauluih muluih tu. Currently kulit aku jenis putih tapi kusam.Adakala nampak macam mayat. Tak nampak glowglow mana pun. Plak bila kena habuk ke, kena pasir ke, dah mula gatal-gatal nak tumbuh kudis lah apa lah.sigh.Kalau tak jaga, memang tak maintain lah kulit, memang bakal bertompok-tompok lah sana sini. Nak kena jaga betul-betul kulit, dah macam orang gila je aku jaga kulit. Ayah aku pun geleng kepala sebab tengok aku obsessed nak elak UV and dust. :B <----tunjuk gigi kapak sikit.

Kalau nak maintain kulit, nak kena lah makan sayur banyak everyday untuk gain vitamin E, vitamin C dan vitamin B complex. Tapi aku selalu lupa makan sayur. Bukan tak suka sayur tapi selalu terlupa sayur since dari kecik lagi. Sayur selalu terlepas pandang, tak sempat nak ambik. ambik nasi and ayam je favourite. since then kulit pun jadi tak tahan lah. Bila dah meningkat remaja, kulit jadi over sensitive ! Jerawat pun naik, ruam-ruam lah, gatal-gatal lah. hmm.

Jerawat bertubi-tubi pulak tumbuh. Secara tiba-tiba!! Jerawat batu kot ! Tapi aku tiba-tiba terdetik hati nak try vitamin C ni! Saja lah usaha, nak elokkan kulit balik. :/
tiap bulan mesti ada jerawat. kalau tak risau , banyak lah parut nanti. hmmmppph. Mulanya lagi besar jerawat kat dagu ni tapi ni dah dalam 4 hari lah take vitamin C tu.


Usaha mengharapkan jerawat hilang dan kulit lebih tahan tapi dalam masa yang sama malas nak harap...tapiiiii.......................bila saya telan pil di bawah ini dan ambil secara consistently....

Wey, jerawat saya hilang !! Weyyy !! Miracle gila !!! Seriously ! Saya tak tahu lah apa yang ada dalam ubat tu tapi memang elok !! *:'''''''') tangis gembira. eceh.

Memang saja letak gambar besar supaya korang nampak open pore saya semua and eye bag. hehe.Kulit saya memang jenis tak cantik punya kulit, so vitamin c ni tolong la repair kembali dan kuatkan ketahanan kulit.
Jerawat kecut dan kurang merah. tak lama lagi hilang terus lah. cuma masih mengelupas sikit kat sekeliling tu. gambar ni saya tak makeup langsung. bedak apa pun takde. Makan vitamin c, open pore pun semakin kecil. weee. Seghonok nya. Jerawat batu tu mengelupas dan ganti kulit baru jadi licin. weeee. Dalam masa seminggu lebih dia kecut !

Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Mula-mula saya ingat tipu je semua benda ni ! tapi bila try sendiri, eh berkesan ! :D weee gembira sungguhhh.

Ini testimoni dari pengguna yang lain.



Ramai juga yang dah guna product vitamin C ni, aku yang terlembat. Bila terbukti berkesan, baru nak tangis kegembiraan! Kena maintain ni kalau nak kulit cantik gebu! hihi :D

Saya selalu kalau keluar, saya tak suka pakai bedak apa pun.Tapi , selama ni muka duk dull je la. Tak berseri langsung.Tapi lepas take vitamin C ni, kulit jadi merah-merah. Jadi putih merah pulak. hehe. Goodbye bedak compact or any else yang selama ni bantu untuk menyerikan muka di kala berjimba di luar !

Sekarang ni kalau nak cantik, jaga inner beauty dulu. Yang luar tu membantu temporarily je,  lepas tu dull balik.hmmphh. 

Thank you to Laily yang suggest benda ni !! :D Kalau korang ada masalah macam saya pun, boleh try. Kulit badan pun terjaga dan putih. Thank you laily :'')

Kalau rasa macam nak try, tanya lah kat Laily terus kat page dia. :)


10 Rahsia Lelaki Yang Perempuan Perlu Tahu !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...