BILA ISTERI TAK CANTIK (Pengakuan Seorang Isteri)
Untuk renungan dan perhatian isteri-isteri dan bakal isteri...
Buat iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung-renung kan lah...
coretan dari hati seorang Muslimah:
*************************************************
Pembaca Semua,
Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka.
Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.
Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.
Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak.
Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak.
Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.
Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.
Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya.
Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.
Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.
Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakan saya.
Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.
Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri.
Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun.
Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja.
Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.
Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan, tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku.
Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan.
Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya.
Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja.
Dia tiada rangsangan lagi bila melihat saya.
Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.
Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.
Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari.
Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik.
Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak.
Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, career, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.
Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga.
Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
~ Muslimah sejati ~
(saya terbaca cik epal share kat facebook dia. credit to her)
Seriously, lepas baca ni kita apa lagi, terus tanya Isham. haha. Eh takyah haha sangat, serious risau. Isham , kalau mira dah beranak gemuk banyak tayar layer layer macam duta tayar Michelin tu Isham sayang mira tak ??* panjang sangat soalan kita kan.ekekke. Saja tanya walaupun memang dah tahu pun jawapan sebab dah tanya banyak kali sepanjang 7 tahun ni. Jawapan , mestilah sayang tapi jangan gemuk sangat nanti sakit. Pastu kita pun cakap *eh isham mok , Mira pun nak mok gak. hahah. Sekarang mungkin lah boleh hahahahah sangat sebab badan tak naik and maintain tapi kalau lepas beranak ? Punggung jatuh, perut layer, banyak berubah. Orang kata kalau beranak satu ok lagi..kalau ramai-ramai anak?
Satu lah yang saya sedih sangat baca ni...bukan nak back up perempuan tapi laki tu hanya fikir nafsu semata. Dia tak nampak pengorbanan isteri dia langsung. Dia tak fikir panjang jugak. Sekarang mungkin laki tu sihat, segak tapi esok tua kalau dia sakit...siapa yang akan setia jaga dia, tukar pampers dia masa nyanyuk ke? Mesti lah isteri dia yang korban segala untuk dia tu kan ? Tapi diorang dah bercerai,so good luck untuk masa akan datang kalau gf dia nak jaga dia. Kuku gf dia tu kan cantik sangat kan .T_T tapi perempuan memang kena jaga kecantikan untuk kepuasan diri sendiri. Laki kalau nak isteri cantik, hulur2 duit tu untuk isteri beli ubat2, buat facial semua. Jangan nak tengok sekelip mata je. T_T . Saya tahu tak semua lelaki macam tu, ada je yang terima seadanya. sebab dia hargai perngorbanan isteri.
tapi tapi tapi kan kalau perempuan dapat suami mok mok, kami boleh pulak rasa suami tu comel and imagine suami mok mok tu macam beruang atau panda sebab sayang sangat. Bentuk macam mana pun takpe asal jangan tiga segi, itu illuminati .ok tak kelakar. tapi lelaki takleh imagine gadis mok mok macam beruang ke ? T_T kan comel tu. T_T .
Best gila benda ni ! Kan best kalau dapat !
tapi tapi tapi kan kalau perempuan dapat suami mok mok, kami boleh pulak rasa suami tu comel and imagine suami mok mok tu macam beruang atau panda sebab sayang sangat. Bentuk macam mana pun takpe asal jangan tiga segi, itu illuminati .ok tak kelakar. tapi lelaki takleh imagine gadis mok mok macam beruang ke ? T_T kan comel tu. T_T .
Best gila benda ni ! Kan best kalau dapat !
Toodles.. :((((
assalamualaikum namee, sheila pun pernah baca citer ni beforw kawun. rasa sedih gila tauu. kesian dia kan. sepatutnya lelaki kena fikir untuk jangka masa panjang. kalau pendek, memang puas sekejap je. nanti menyesal pun tak berguna...
ReplyDeletekan..mintak jauh la dari suami kita nami...kadang2 bukan xmau melawa,tp banyak halangan...huhuhuhu
ReplyDeletegreat sharing :)
ReplyDeletelaki mmg cmtu..nafsu dye ade 1 jew..lynkan nafsu sampai abaikan tggungjwb pd isteri dan ank2..dpt isteri baek pon maseh tak appreciate..hurmmm
ReplyDeleteerksssss...nak tanya tok laki jgk lah..hihihi..btw setuju dgn namee..kalau nak wife cantik sentiasa..hulur2 la duit facial.spa.nail polish. grooming class.london weight mngment.skin solution.etc kan.
ReplyDelete*hope tok laki sy baca comment ni..haha*
This comment has been removed by the author.
Deletekalau dah sayang x kisah pun macam mana pasangan tu. terima semua kekurangan dia :)
ReplyDeletehurmm,.kesiannye,.
ReplyDeleteden suko klu somi den gumox...dolu somi den kurus, perot kompis joo...sojak kawen nie pewot beliau dah buncit sket...nak landing ataih dio pon sodap jooo...empok jooo...hik!hik!
ReplyDeletekesian laaa kek muslimah sejati tuh...dapek somi camtu...somi tuh xdo perasaan langsong!..lompang lelaju gak kang!
eka pun share ni semalam.
ReplyDeletesedih kan. huhuhuhu
lelaki tu pikir paras rupa je. kalau isteri tu x bergaya, boleh je bgtahu,nasihat. belikan baju,minyak wangi. kannn
Betul ckp....
Deletehah..isteri dah beranak 3 kot. kalau nak bini belek body, muka & kuku 24 jam laki tu patut amik org gaji. ni nak urus anak 3 org dgn laki tu tak membantu pun buat keje rumah. mcm mana nak settle cepat. gf dia tu mmg la cantik. belum ada anak nak urus. fikir diri dia je. tapi dgn gaji laki tu yg kecik mampu ke nk tanggung maintenance pompuan tu yg tinggi.
ReplyDeletenanti kawen dgn gf dia tu asyik belek kuku je rumah tak kemas, masak pun tak. kuku cantik mana mungkin dia nak masak. makan kodai sajo. tapi mampu ke laki tu nak menanggung asyik mkn kedai je dgn gaji kecik.
takpe nanti laki tu mesti sedar langit tu tinggi ke rendah. selama ni bini dia yg byk byr itu ini kan.
sdey la cter dye..geram plak ngan lelaki tu..
ReplyDeletesok luasa dye msti dprt balasan balik
Lelaki tu nk yg cantik je..
DeleteSedihnya :'( ...risau kalau2 dpt hubby mcm tue...
ReplyDeleteSemoga wanita sentiasa happy kat masa2 dpn nnti..
nawwar pendek, ada je orang ngorat. kohkoh perasannnn -.-'. kesian la sape yang dapat laki camtu. huhu. btw, akak jom join segmen tagging ni? hehe
ReplyDeletehttp://thedreamgoddess.blogspot.com/2013/04/segment-tagging-time.html
haii..salam kenal2...memang sedey baca artikel tu kan...lelaki kalau dah tertarik dengan org lain mcm2 alasan yg diorg bagi...almaklum ler hati sudah di lamun cinta...dier luper yg cantik pasti akan hilang cantiknyer nanti...
ReplyDeletenak ker awek tadi tu jadik isteri dier..haruslah high maintenance tu...xder masa nak jaga rumah tangga kalau nak sentiasa kelihatan cantik kan..kecuali ler dpt suami kaya raya...
Dia nnt dh tua kerepot cfm dia lak kena tinggal baru dia rasa...
Deletegeramnya bila baca...
ReplyDeletetapi sampai bila jg lelaki tu tahan nak makan luar je sbb makwe tu nak jaga kuku kan..lelaki tu pun sampai bila boleh tahan nak makwe yang high taste kalau kerja biasa2 aje..toast to the wife sebab buat langkah bijak utk berpisah
Time baca, saya dapat rasa penulisan dari seorang yang sangat tabah... Sebak kot :(
ReplyDeleteNamee, yang ini tinggal isteri sebab tak secantik perempuan lain. Ada kes terbalik, cari perempuan lain sebab isteri menjaga kecantikan sangat. Sampai tak terluang masa untuk urus suami,rumah tangga .. Pendek kata, semua aspek pun kena jaga sama rata. Bukan calang-calang tugasnya bila dah kahwin..
i can feel this.. this is truly hurt.. kenapa benda mcm ni selalu merosakkan.
ReplyDeletesuami, instead of cari ppuan la, tak boleh ke kau buat/beli something yg boleh jadikan bini tu nampak cantik d mata kau. knp nak kena ada bini yg jadi perhatian org? bukan ke itu hak kau? bkn ke kau je yg perlu tahu semua tu? knp nak kena jadi tarikan org? lagii... tak adil, sbb ppuan blh terima kalau lelaki gemuk & anggap korg mcm teddy la ape lah, apesal korang takleh buat bnd yg sama. dan jadikan benda tu adil?
okey, for me.. iman kena kuat, nafsu kena kawal.. agama jadi pegangan no.1 dalam setiap hal.. insya'allah. ALLAH akan jaga kita.. yes, dalam rumahtangga & segala hal.
this is not emotional, but can't u just being fair?
Memang harus cantik untuk suami
ReplyDeleteItu salah satu kesilapan wanita kalau beranggapan lepas kawen tak perlu menitikberatkan kecantikan khusus untuk suami.
Tapi lelaki harus juga menegur secara BERHEMAH dan BIJAK tentang penampilan isteri.Jangan terus menghukum isteri yang telah berkorban untuk suami dengan alasan isteri tidak menarik lagi.Itu penting diri namanya.
Bagi saya,komunikasi dalam hubungan tu yang penting.Kalau suami kat atas bagitahu isterinya tentang penampilannya dan isterinya berubah untuk suami,insyaAllah,satu rumah tangga dapat diselamatkan bukan?
*harap dapat berkomunikasi baik dengan future husband.heee*
encik tunang slalu usik sy tu la gemok n besar sgt punggong sentap mak!! sound terus pergi cari ponggong leper and kurus apsal nak saya.. then dia ckp dr mula kenal awak, awak kurus ke?? x kan.. hehehehe dia gelak.. saya terus buh penumbuk kat perut dia muahahaha
ReplyDeleteish alamak..takutnya...berazam utk menguruskan badan selepas beranak ni...huh! caiyok! caiyok!
ReplyDeleteyaa. ada lelaki yg begitu. nak isteri hot, tapi xtgk diri sendri. pengorbanan isteri ni xda yg blh tanding. balik2 isteri yg salah kan? lelaki smua betul ke??
ReplyDeleteala sedihnye bile bace cerita tu;(..Ya Allah..moga Allah lindungi kita dr lelaki2 mcm ni yg pentingkan rupe semata.. But I totally agree with you, sgt penting sebenarnye utk perempuan jaga kecantikan, lagi2 kat rumah UNTUK SUAMI. bukan kat luar je nak cantik2..biar suami tgk kite sentiasa hot kt rumah walaupun bile keluar modest saje..hehe..
ReplyDeleteterus rasa terancam n nak tanya hasben balik nanti..perut dah berlayer-layer walo baru anak sorang..
ReplyDeletenamee takpe..namee cantikkk..
waaaa sedihnya tapi tula pngrbnn istri yg laki x nampk.. tp mmg prmpuan kne gak jge, walaupn brtdng kn bila kat rumah pkai la cntk2 dress ke kn, sejuk sikit laki kt pndng, hopffly akn tros jg pnmpln dri walau ank dh rmai kn :)
ReplyDeletesedih sangat baca cerita ni. perempuan kuat imaginasi sebab tu boleh bayangkan macam-macam tetapi tidak bagi kaum lelaki T_T
ReplyDeletePERTAMA SEKALI MAAF YE NAMEE KALAU KITA GUNA CAPS LOCK. BUKAN NADA TINGGI TAPI INI SATU PENEKANAN.
ReplyDeleteKITA BELUM KAHWIN TAPI KITA JENIS ORANG YANG OBSERVE. PERTAMA SEKALI, APA YANG LELAKI TU NAMPAK PADA GF DIA HANYA SEMENTARA. SEBAGAI SEORANG PEREMPUAN YANG LANJUT USIA DAN MASIH BUJANG, PASTINYA MEREKA AKAN CUBA SEDAYA UPAYA UNTUK MENARIK MINAT KAUM LELAKI DENGAN MEMPAMERKAN KECANTIKAN DAN KEHEBATAN DIRINYA. KALAU DIFIKIRKAN MACAM NAMEE CAKAP LELAKI TU SEBENARNYA HANYA FIKIR SEKS. DIA TIDAK MELIHAT SEJAUH MANA MULIANYA GF DIA. KALAU GF DIA PEREMPUAN YANG BAIK, BUKAN SENANG UNTUK TIDUR BERSAMA DAN BERHUBUNGAN SEKS. NAMPAK SANGAT DEKAT SITU GF DIA PEREMPUAN MURAHAN.
UNTUK SI ISTERI PULA, MEMANG LUMRAH BILA MENJADI SEORANG ISTERI, KITA AKAN CUBA MEMBERIKAN SEPENUH JIWA RAGA PADA RUMAH TANGGA SEHINGGA KADANG-KADANG TERABAI DIRI SENDIRI. MEMANG PEREMPUAN DILAHIRKAN DENGAN SIFAT PENGORBANAN DAN KESETIAAN YANG TINGGI. DAN INGAT, SEBAGAI PEREMPUAN MESTI ADA SEBAB WALAUPUN DIA KATA DIA TAK CANTIK KE APA, ADA SESUATU YANG MENARIK MINAT SUAMINYA DULU UNTUK BERKAHWIN DAN MEMILIHNYA DARIPADA PEREMPUAN LAIN YANG DIJUMPA KAN. JADI, KEMBALIKAN HEAT YANG DULU TU.
DAN TERAKHIR UNTUK SI SUAMI....
NAMEE, AYAH KITA SAKIT DAN KITA DAH LIHAT MACAM MANA SEORANG EMAK DAN SEORANG ISTERI BERKORBAN UNTUK SUAMI TERCINTA. SAMPAIKAN KITA BERANI CAKAP, KALAU ISTERI SAKIT BELUM TENTU SUAMI AKAN BUAT PERKARA YANG SAMA MACAM ISTERI BUAT. SUNGGUH NAMEE, LELAKI NI SELAGI BELUM TERHANTUK MEMANG TAK TERASA. BUKAN MINTAK DIA SAKIT KE APA, TAPI HATI LELAKI AKAN LEBIH TERSENTUH SEBENARNYA DI SAAT MEREKA TAK PUNYA APA-APA.
SATU QUOTES YANG KITA TAHU :
PEREMPUAN DIUJI BILA LELAKI TAK PUNYA APA-APA DAN LELAKI DIUJI BILA DIA ADA SEGALANYA!
:) itu je pendapat kita!
manusia nie da mcm2 perangai..susah kita nak jangka..tp kita berdoa je lah moga2 perkara cam nie tak jadi pada kita kan ^_^
ReplyDeleteah memang sedih ok. sentap plak i huhu. takut pun ada. yelah kita ni kemain berkorban jiwa dan raga untuk husband tapi senang je alasan dia ada perempuan lain. rasa nak ketuk ketuk lelaki camtu huwaaa
ReplyDeletetapi tulah i pun pernah tanya husband i kalau i gemuk camne dia syg i tak. dia cakap apa tau 'jangan gemuk sangat dhla' huhu maksudnya dia memang nak kita jada penampilan kita jugak kan
huwaa nauzubillah mintak2la husband sayang kita sampai syurga :')
namee..
ReplyDeleteayat..eh isham mok..mira pun nak mok jg hahaha..serius nak guling2..boleh tak bagi ayat tu kat hubby akak..baru lah jalan tak nampak macam nombor 10
ohh nangiss!
tak pe la..janji dia tahu kita sayang dia..dan dia sayang kita..dalam hati mmg nak kurus..sbb nak jaga kesihatan bukan nak gedik2 hahaha..boleh?
hurm..itu pun boleh jadi alasan utk cari pempuan lain..tapi bak kata namee, laki tu x hargai langsung apa yg wife dia dah buat..dah korbankan.. benda mcm ni sebenarnya boleh di bawa berbincang..
ReplyDeleteNice entry kak namee . Walaupun saya masih remaja , saya faham perasaan isteri itu . Mama saya pun mengalami perkara sama . Tapi Allah Maha Adil kak namee . Allah dah beri pengajaran pun . Kecantikan penting . Mihmih .
ReplyDeletemoral of story isteri memang kena berhias untuk suami, tu memang wajib kan.. :) lelaki kebanyak memang camtu perangai...
ReplyDeletejemput join contest
http://izyanty.blogspot.com/2013/04/giveaway-contest-izyanty-collection-2013.html
memang...lelaki zaman sekarang kebanyakan nk isteri dia cantik la apa la..tp duit satu sen pun x hulur..parah2x
ReplyDeletejujur bagi dkna, ramai mana anak, atau sesibuk aman pon kita, wanita wajib jaga kecantikan untuk suami... kadang kala punca cerai berai bukan salah suami, tapi isteri ... mintak kita dijauhkan dari kes seperti ini...
ReplyDeleteTu la tak semua suami jenis nak bagitau apa yang dia suka n tak.. Kita sebagai isteri, bekerja lagi, anak lagi kadang2 memang tak terurus.. Tapi MQ seboleh mungkin menjaga..Tapi takut jugak kot diam2 berisi kan? mintak simpang la kan ;D
ReplyDeletetu lah benda ni macam unexpected je. kadang2 kita rasa suami ok tahu2 je belakang buat hal. :/ takut betul.
DeleteHai namee.. ok, yang part illuminati tu lawak. tapi serius kesian kat kakak tu... apa2 pun doakan yang terbaik untuk dia dan anak2 dia. thanks for sharing namee.. :)
ReplyDeletekesian sangat.kita pulak yg rasa takut jugak. :/ sobs.
Deletemmg sedih.. i had friends yg kena mcm tu.. :(
ReplyDeletesedihnya. :(( pentingkan diri lelaki macamni.
Deletebak kata pepatah " dari mata turun ke hati " ... gf tu ada penampilan yg menarik sbb blm bersuami n ada anak . Jadi , dia guna duit utk jaga diri sendiri . Bila gf tu dah berumahtangga nanti , blm tentu penampilan yg menarik tu masih kekal . Kalau gf tu suka boleh bersembang ttg apa saja such as politik , career , korporat - itu adlh kelebihan dia . Cuma lelaki tuh kena ingat , bila dia lukakan hati isteri dengan cara itu , maka si gf juga boleh lukakan hatinya dgn cara yg sama juga ... janji Allah , perbuatan kat dunia ni Dia bayar cash . Kalau buat baik , Allah beri kebaikan ... kalau buat jahat , Allah beri keburukan ... wallah hu 'alam .
ReplyDeleteKahwin bukan kerana nafsu semata..bila dah kahwin perlu ada rasa tanggungjawab dlm berkeluarga..serius macam kapal lah kan,perlu ada kapten or ketua untuk memimpin,kalau tak mesti jadi haru biru..sama macam keluarga,perlu pupuk rasa tanggungjawab tu..bukan atas rasa keinginan dan memenuhi kehendak semata..kalau betul faham ilmu rumah tangga inshaAllah harmoni dan takkan terjadi kes makan luar ke apa..terima pasangan seadanya,bukan kerana rupa semata yang pinjaman cuma..
ReplyDeletebaca entri ni memang menyedihkan pada side perempuan. ini memang hakikat. maybe lelaki selalu fikir mereka boleh kahwin sampai 4 kot, itu yang selalu masih nak rambang mata. pls hargai isteri..tak kira betapa bezanya mereka sebelum kahwin dan selepas kahwin :(
ReplyDeletekesiannya..husband dia yg patut blikan produk kecantikan lau da tgk isteri dia mcm tu, xhargai langsung pengorbanan isteri dia. :(
ReplyDeletekesiannya...husband dia patut tolong isteri dia cm, blikan produk kecantikan..hargai la isteri sndiri yg byk berkorban utk keluarga. :(
ReplyDeleteT_T sobss jugak. tolong!
ReplyDeleteeh?
betul, mmg isteri kena berhias utk suami, utk menggembirakan suaminya and bila suami pandang sejuk je rasa :) tp bila baca cerita yg namee letak tu, geram jgk sbb husband dia xappreciate semua yg wife dia buat selama ni utk family. husband dia agak selfish dan fikirkan keseronokan sementara je.. pastu bg alasan ada affair sbb isteri tak menarik and yadayada. (org yg jerk mmg xmengaku salah and suka salahkan org lain. haihs).
ReplyDeleteone thing selain drp rupa, kebersihan dan gaya yang menarik adalah communication yg baik. kalau husband wife tu boleh borak2 apa saja and tak de lah dull je conversation, itu salah satu faktor yg strengthen the relationship. sebab husband wife akan hidup sampai grey, smpai selamanya insyaAllah. so rupa paras cantik akan hilang jugak one day. tp dgn communication yg baik, it will make things better. and relationship jgk perlu bersandarkan agama :) foah pjg pulak ceramah ni. hahaha ok roger and out.
yg germnye,husband pn byk jgk brubh lps kwen.prut dh boroi,muka dh brubh.tp kita para isteri ni ttp aggp die lelaki trkck sdunia.dlm forum motivasi pn sllu meletkkn slh wanita sb lelaki cari lain.x jg pnmpiln dri la.lelki x jg pnmpiln pn xde kte nk cr lain pn.jrng tjdi mcm 2.geram ni geram..hahaha
ReplyDeleteheh klu husband dh brubh lps kwen kte ttp aggp die lelaki trkcak sedunia.xde pn nk cr lain.forum2 kt tv skng pn kbnykn mnylhkn wanita punca suami cr lain.katenye sb x jg pnmpilan dri la pe la.dh jg pn cr lain jgk.
ReplyDeleteSalam..kak, Zai pon ade terbaca kisah ni di facebook. Sedih kan, walaupun Zai tak kawen lagi tapi boleh faham ape yg perempuan tu rase. Dah banyak kita tengok perkara camni, isteri dah berkorban dan bagi sepenuh perhatian kpd rumahtangga, alih-alih bila berlaku macam ni tetap si isteri jugak yang salah. Dulu time bercinta kemain lagi berjanji sehidup semati, ni bila dah tak lawa macam dulu, mula je nak cari lain. Tapi tak semua lelaki macam tu..Zai kagum dengan sorang lelaki ni, dia jaga isteri dia yang terlantar sakit sampailah ke penhujung nyawa isteri dia dan dia ada blog jugak yang ceritakan pasal kisah dia dan isteri. Myb akk pun tau jugak blog abil4fauziah, sedih dan kagum pada masa yg sama bila baca blog dia
ReplyDeleteLelaki tu kena tafakur sikit dekatkan diri dengan Allah rasanya. Dia tak nampak pengorbanan isteri dia, boleh pulak compare dgn gf dia yg sama-sama buat dosa tu T_T. Betul lah, tak pikir masa depan. Pastu kalau nak bini cantik, dia lah kena jaga bukan abaikan..
ReplyDeletesedih bace kisah ni... hurm... minta dijauhkan jadi camni...
ReplyDeleteSUAMI TU PUN SATU..KENAPA LAH X BERTERUS-TERANG
ReplyDeleteNI TAK PASANG SKANDAL..EIIII
KALAU DH BERTERUS TERANG DGN ISTERI DIA,PASTU ISTERI DIA MASIH JUGAK MCM TU,BOLEHLAH DIA PASANG LAIN
ALASAN NAK ADA GELPREN BARU LETEW..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesbnarnya bnda ni kna balik pada Islam. sbb dalam Islam isteri disuruh berhias dan berdandan utk suami dirumah dan utk mnyenangkan hati suami mreka. psal llki 2 mmg x ptot. trutama masa dia msih bergelar Suami.
ReplyDeletedlm islam isteri disuruh berhias dan berdandan dirumah untuk mnyenangkan hati suami mreka. llki 2 mmg xptot, lbih2 lagi semasa bergelar suami. klu hukum islam. REJAM SMPI MATI.
ReplyDeletemuja pun pelik kenapa lelaki macam ni,, muja pernah rasa bf muja tersangat tak hensem di mata orang tapi muja boleh je sayang dia,, tapi lelaki,,, *sigh
ReplyDeletebtol 2 namee..kat mana2 lelaki kemain kata klo lelaki mok ngan boroi lg penyayang ler..tp diorang xleh plak trima kalau pompuan nie gemok skit..dia fikir biar mata dia ja nmpak cantik..menyampah.
ReplyDeletex blh salah kan kedua2 pihak...setiap pasangan kena la jujur...jgn la x puas hati cari lain..cuba bawa bincang dan cakap apa yg tak puas hati terhadap pasangan masing2...asyik pendam jer sampai bila pun x selesai masalah...
ReplyDeleteSalam sis, btw nama kita sama. ahaa. Pernah baca and share kat blog mya jugak before ni. sangat sedih bila baca. tak sangka kenapa lelaki sekarang hanya mementingkan nafsu :'(
ReplyDeletehm betul tu namee.. lelaki selalu kata jangan gemuk kalau dah kawen nanti. jaga badan. tapi dia tu kalau boroi? kita takde komplen pun. bg kita dia tetap yg terhensem. kenapa lelaki selalu macam tu eh.. hmm
ReplyDeleteSedih jee dpt suami mcm tu..semoga diperjauhkan jodoh sebegitu :(
ReplyDeletesedihnye...nk nanges je rasa...
ReplyDeletetakut da nak kawin..
ReplyDeleteItu hakikat. Perempuan sekarang walau seorang surirumah, sentiasa kena jaga keterampilan. untuk pandangan suami tapi bukan untuk pandangan org lain.
ReplyDeleteSedih membaca kisah ini. Perlu menjaga paras rupa untuk mengekalkan minat suami terhadap diri. Kesimpulannya, sudah kahwin bukan bererti usaha memikat suami berhenti.
ReplyDeletepenah trbaca mengenai suami isteri. xkira la besar mna pon gji isteri, issteri kna biar suami yg tanggung isteri. duit gji isteri jgn bg pd suami. biar suami pgang tggungjwab tu. klu isteri yg byar semua, apa yg suami nk byar, jd duit dia akn digunakan pda hal lain. lgpon, sbgai isteri jgn tnjuk sgt kta bole buat semua kerja. tnjukkn pda suami, isteri perlukan suami utk buat sesuatu. barulah suami rsa dia diperlukan dlm rumah tgga.
ReplyDelete(y)
ReplyDeletesalam... semuanya yang berlaku itu mgkn salah pada lelaki ... mgkn pada perempuan tuh ianya semua bergantung pada situasi... ... adakalanya si laki nie baik ... tapi di cucuk oleh kawan kawan die... jadi cemtuh... ader kalanya bila bini ok .. jaga makan minum semualah tapi .. bila kita buat sesuatu bender tuh selalu kene.. marah sini marah ctuh...ini xkene lah itu x kene lah... semua x kenalah... last last laki dah sampai bosan tahap cipan... die cr lain nak buat rasa stress ilang... ada kalanya sifat laki tuh sendiri semulajadi dah cemtuh... mengikut pada cerita kat atas... walaupun dah kawin anak dah berderet kene lah nak nampak cantik gak... x perlu nak pakai bender mahal mahal.. sk 2 ker ... mary france ker.. pakai lah produk produk kecantikan yang affordable... produk kak ton pon ok per famous.. ngehhe.. sbb dalam islam pon digalakan untuk nampak cantik... berhias ..tp untuk suami jerk lah bukan utk org len... nanti haram plak... baru larr ok... baru senang hati cket... xderk larr nak cari len... ngehhe just for thought... renung renungkan dan selamat beramal...:P
ReplyDeleteOhhh lelakiii... test market tu memang sifat mereka! untung sabut dapat serkup.. untung batu... tenggelam dengan labu-labunya!
ReplyDeletekesian nye die. tu la lelaki.. tataw ap yg dy nk.. kdg2 da rase mcm da wat yg terbaik.. so ladies.. ketepikan duit anda sedikit. wat la facial 2x sebln. law itu yg dy pandang.. kite jd la mcm tu .. utk suami jgak. tpy law da jd mcm tu still crik betine lain. kite ganyang je la betine uh..
ReplyDeletehurm.. kesian nye. tu la kdg2 kite tataw ap yg guys nk. walhal kite da wat yg terbaik. so now ladies. ketepikan duit anda sedikit utk diri anda. g la wat facial.,. or mcm2 utk jdkn anda mulus n gebuss. da itu yg dy pandang.. kite jd la mcm yg dy pandang sgt uh. kdg2 dy suh kite tutup sane sini tpy duk heboh pandang betine lain. agy un cntik utk suami takpe kn.. but law dy masih tgk betine lain. kite ganyang je la. due2 skali
ReplyDeleteSuami saya cukup marah kalau saya tak pandai jaga badan.Suami saya sentiasa mencari di internet cara senaman yang sesuai untuk memastikan bentuk tubuh saya sentiasa membuatkannya melekat dengan saya.Soal mekap,cukup sekadar yang sesuai,tidak perlu terlalu tebal katanya,sentiasa jaga badan walaupun makan banyak.Kerap cuci muka dengan pencuci muka dan krim muka yang sesuai,malah pilihan syampoo juga sesuai dengan citarasa saya dan suami.Setiap kali selepas mandi saya disuruh mengunakan losen / pelembab kulit walaupun adakalanya saya lupa sehingga dimarahi oleh suami saya.Katanya nanti saya x nampak comel dimatanya,siapa yang susah?
ReplyDeleteTerus terang saya katakan,saya seorang surirumah sepenuh masa dan mempunyai 2 orang anak lelaki yang kini berusia 5 tahun dan 3 tahun.Suami pula tidak bekerja tetapi mempunyai bisnes kecil yang dia usahakan.
Masalah yang dikongsi ini bukan sahaja datang daripada si isteri tetapi juga si suami itu sendiri.kita sebagai seorang wanita perlu tahu apa yang suami suka,bukan sekadar jaga makan pakai minum mereka tetapi juga minat mereka.Suami saya seorang yang kaki game,walaubagaimanapun tanggungjawab dia terhadap keluarga tidak pernah diabaikan.Saya biarkan dia dengan minat dia asalkan tidak melebihi batas yang sedia ada.Kami pastikan diri kami berjanji setiap masa tidak akan curang terhadap pasangan.
Manjakan suami bukan dengan duit semata mata.Tetapi dengan memahami kehendak suami itu sendiri itu wajib sebagai seorang wanita yang bergelar isteri.Buatkan suami itu cair depan kita,jadikan suami anda yang terus bergantung harap dengan anda.Makan Pakai Minum dia tak dapat buat jika anda tiada.Kalau tak tahu apa si suami suka,kadang kadang sebagai seorang wanita kita kena berani tanya apa yang dia suka,apa yang dia mahu kita buat ( asalkan tidak melebihi batas ) dan apa keperluan dia yang dia mahu ( bukan semuanya pasal duit ).Berterus terang kepada pasangan anda.itu kunci kebahagiaan dalam rumah tangga.Jangan lupa berdoa.Itu yang paling penting dan utama.
Mungkin kita perlu lebih2 apbila di depan suami kt.
ReplyDeleteTime kt kursus kahwin pon ustaz/ustazah ada habaq.
Mesti melawa depan suami, walaupon xda la lawa tara mane kan...
Setiap isteri patut tahu.
Arwah ayah sy dulu, slalu pesan kat mak sy,
(time bg duit) pegi lah shopping cari baju lawa, make up lawa
siap beli kan perfume lg.
Kesimpulannya, bukan tletak pd isteri shj (walaupon isteri kne usaha), suami pun same, kn? bg la hint, bukan dok senyap je.
p/s: confident is mirrored by yr beauty, pampered yrself ladies! hehe...
Mungkin kita perlu lebih2 apbila di depan suami kt.
ReplyDeleteTime kt kursus kahwin pon ustaz/ustazah ada habaq.
Mesti melawa depan suami, walaupon xda la lawa tara mane kan...
Setiap isteri patut tahu.
Arwah ayah sy dulu, slalu pesan kat mak sy,
(time bg duit) pegi lah shopping cari baju lawa, make up lawa
siap beli kan perfume lg.
Kesimpulannya, bukan tletak pd isteri shj (walaupon isteri kne usaha), suami pun same, kn? bg la hint, bukan dok senyap je.
p/s: confident is mirrored by yr beauty, pampered yrself ladies! hehe...
No matter how u look from the outside, inside u r a skeleton anyway. That kind of guy will learn his lesson one day. Its part of life..anyway...i love ur blog Namee...im from Indonesia. :)
ReplyDeleteSalam kenal,
Juline
No matter how u look from the outside, inside u r a skeleton anyway. That kind of guy will learn his lesson one day. Its part of life..anyway...i love ur blog Namee... im from Indonesia :)
ReplyDeleteSalam kenal,
Juline
lelaki nih walau bagaimana sekalipun, still mahukan isteri yg menarik, biarpon mok2. asal pandai bergaya. kalau ikotkan kita, nak je kata, "abg nih tak reti bersyukur, saya dah buat segala". tapi hakikatnya, kita kena igt pesan Nabi, sentiasalah berhias utk suami. mmglah tak ada masa, tp still boley buatkan, amalkan dari sebelum kahwin, sampailah dah anak 3 ke, 10 ke...sb, suami kita sering memerhati. bila kita berubah, hati mereka juga akan turut berubah...jadi..pandai2lah ek...huhuhu..(peringatan utk diri ini jugak...)hummm...
ReplyDeleteKite setuju dengan namee. lelaki mok mok comel. bila perot bulat macam tu comel je. bebear. tapi betul jugak ckp namee.. kalau perempuan macam tu knp laki tak fikir benda yg sama. entah la. hehe.
ReplyDeleteMoga sis tu terus tabah. =)
saya pun ade baca pasal ni kat fesbuk..cik epal yg share..
ReplyDeletesedih kan?
semoga kita semua dilindungi oleh Allah..
so orang pempuan, belajar la jaga kecantikan ngan kebersihan..bukan kena pegi buat treatment tiap2 minggu pun..buat kat rumah pun boleh,
ReplyDeletebuat para isteri dan bakal mnjadi isteri, sila baca novel "Projek Memikat Suami" by Hanina Abdullah.. siyesly, anda akn nmpak perkahwinan dlm susut pndang yg lain..n siyesly buku ni sgt memotivate! =D
ReplyDeletebuat para isteri dan bakal isteri,, sila baca n cari novel "Projek Memikat Suami" by Hanina Abdullah.. siyesly anda akan nmpak perkahwinan dalam sudut pndang yg lain yg mkin belum diterokai..byk kisah pengajaran dan tips2 di alam rumah tangga..=)
ReplyDeleteOrang zaman sekarang, kahwin sebab nafsu semata. Mak saya sebelum kahwin kurus, lepas kahwin beranak badan naik, susah nak turun. Nak2 die rendah, lagi nampak la. Ayah saya rilek jek, suke gurau2 dan mesra dengan mak walaupun usia memasing dah lanjut walhal kawen dulu aturan keluarga, x pernah couple. Tak de pulak die pressure mak suruh kurus atau sindir mak pasal bentuk tubuh. Tengok perempuan lain lagi la tak pernah, da kawen memang dengan mak jek mesra, kawan sekerja perempuan pun ckp2 hal kerja semata. Kebanyakkan org dulu2 memang mcm tu, diorg tahu hukum, tahu tanggungjawab, tahu dosa. Org sekarang da lupa agama, pikir nafsu jek tak takut langsung dosa. Dunia akhir zaman..
ReplyDeletemaybe one fine day, laki tu akan ingat kebaikan bini dia.. T.T
ReplyDeletememang resam lelaki camtu..selagi xcukup empat mcm kambing xpuas makan 44 pucuk sehari, xbole duk diam, habis pokok bunga rumah orang dia kunyah(paham??),kadang2 tu ikut mood dia jugak..lelaki ni bila dia rasa menyesal pasti dia akan pulang pada isteri yang pertama..so xbole menyalahkan lelaki atas sebab kemampuan dia untuk berkahwin 4, ini bukan soal jasa isteri pertama, berkorban siang malam bagai..ini soal apa yang Islam terapkan tetapi perempuan melayu xbole accept..sikit2 cakap dasar nafsu lelaki..kan lebih baik doa yang baik2 untuk si suami..nanti ko(isteri2 seMalaysia) da tua baru tau kenapa Allah benarkan suami bnikah 4..jangan minta mati dulu la selagi si suami masih hidup..anyway cerita ni byk pengajaran..
ReplyDeleteSalam Namee.. Mohon nak share ye..
ReplyDelete