Pages

Tuesday, February 27, 2018

Hidup Susah Selepas Kahwin

Hi








I suka bila ada orang tanya soalan pasal reality. I dibesarkan oleh seorang bapak yang selalu menyedarkan pasal reality pedih gila ayat bapak i. Kadang statement yang keluar dari mulut bapak i memang pedih gila tapi sebenarnya betul.  Dulu i selalu rasa aneh kenapa ayah i cakap love itu kemudian. No 1 tanggungjawab. Sekarang dah kahwin, baru faham. 

Susah tu sebenarnya macam mana ? Kategori susah setiap orang tu berlainan definisi nya. Wey pehal tulis topik ni i banyak guna word skema. wawawawa.Ingat lagi masa bloger Yuyu punya kes viral sebab dia tulis pasal status dia susah lepas kahwin, ramai hentam sebab rasa situasi dia tu tak lah susah sangat sebab masih boleh duduk rumah selesa dan bertilam. Itu susah dia. Mungkin ada orang pernah rasa susah teruk dari tu .so definisi susah setiap orang tu berlainan. Tak sama. Contoh anak orang kaya yang dah biasa duduk bungalow tiba2 kena duduk sewa bilik saja. Tu maybe bagi dia sesuatu yang baru, bagi yang jenis tak lasak akan rasa susah. Kalau jenis okay boleh move on cepat biasakan diri.

My case, i berkawan dengan lelaki yang jauh umur near 20 tahun ( herher baru nak bagitau betul2 dulu tipu je haha kata 10 tahun padahal emmmmm) ...Jadi bila lelaki yang dah umur jauh , bekerja lama ni, expectation tinggi . I know the stress. Jadi takde istlitah nak minta belas ihsan mak bapak, sape2 nak tolong ya. Mereput la korang sorang2. Kita sendiri jadi malu nak ask for a help sebab tahu situasi diri patut nya dah stabil .

Masa i nak kahwin , i dah fikir dah. Awal2 dah fikir, kalau ini pilihan aku, aku kena tempuh gila2 ni lepas kahwin kalau apa2 jadi. 4 years before kahwin, suami i masih belum ada rezeki kerja yang stabil lagi. Org dengar aumm bidang aviation, orang dengar engineer ke macam canggih ke kan tapi susah dapat kerja. Macam org dgr arkitek la org kata kaya. Rezeki dia kurang baik masa sebelum kahwin. A year before kahwin pun i bincang dgn husband, macam mana niiiiii sebab dah berkawan lama sangat ni so i tak nampak lagi tanda2 boleh kawen i mean pass card dari ma pa untuk restu macam nan hado je and keadaan kewangan husband yang i tak sure kenapa nasib dia masa tu macam tu. Jadi marilah berpisah saja. ( sukati i je ) . Bukan pasal duit lah tapi sebab i rasa tak leh kawen kot sebab tu takdir jadi macam tu i sendiri rasa i bawa suewww lah. Takde ong lah .


Fresh grad lagi kaya masa tu. Susahnya i tak tahu la perlu tulis kat sini ke tak kesusahannya tapi sampai tahap tidur masjid la sebelah bilik jenazah. Kira tolong jaga masjid sekali , tolong cat masjid . suami i mau benci ni i tulis sini dia memang tak suka tapi i nak cakap pasal reality hidup ni.   Dia ada family tapi dia sendiri yang perangai malu tak tentu hala dgn family . Kalau i susah, i lari family dulu hihi tak kisah la malu ke tak.

Jadi sesaatnya mak i kata "hang nak kahwin sangat kahwin lah namee !" . Masa tu i terus cakap kt suami..kahwin ke tak ni. Then he said yes tapiiii duit wuuuuuuuuuuuu. Masa tu baru dapat surat nak kerja . Gaji basic after tolak2 ada la dalam seribu lebih. Seribu lebih , yes.


 Kereta xde 
rumah xde 
baju baru xde 
barang mewah xde
barang kemas xde
handphone mahal xde
 simpanan xde. All xde. ( simpanan habis support life masa ssh)

 2 bulan before kahwin, i cuba2 loan dapat la kereta satu itupun i kerja online dan sendiri susun kwsp sendiri . Lepas kahwin stay dengan mak, tu pun malu and husband i terperuk je, sampai pregnant kan Adam. 


Ni phone i dulu sampai kahwin. di saat korang canggih2 selfie dengan samsung android baru ..i masih active game snake. wawawawa . I ada handphone canggih tu pun masa Samsung bagi selepas setahun kahwin. I tak sedih langsung kenang zaman dulu, sebab kalau i tak lalui zaman tu mungkin i bukan yang sekarang. Sekarang macam mana ? Sekarang apa2 ok saja . eh tapi toilet lumut takleh :( 


Tapi sampai i bersalin Adam , masih duit cukup2. Persiapan barang baby , ala kadar saja. 
Kira belum sampai hujung bulan duit mmg gone dah tak belanja pun takde benda mahal. I hafal nama2 captain yang tolong kami bg pinjam duit RM300 RM200 bila nak sampai hujung bulan. This is reality. Semua orang, semua family akan ada kesusahan masing2 dan struggle masa awal kahwin. Bukan awal kahwin, semasa kahwin, after kahwin pun akan ada kesusahannya. 




Macam mana kak namee handle saat saat susah ? Sometimes tak boleh jadi kuat untuk partner..

i tak handle. teruskan hidup je sobs. kalau x tahan nangis jela . hihi

Lumrahnya, hidup ada turun naik. Mungkin sekarang kaya senang, esok susah. Ada yang nampak macam takde potential, tapi in future kebaboom. Kisah paling dekat, Jack Ma. I memang inspired gila dengan kisah dia. Bukan la nak jadi billionaire macam Jack Ma tu tapi kisah dia tu very inspiring on how people really look down on him..muka plak macam tak siap gitu hahaa apply kerja KFC pun kena reject . Ada yang nampak mewah bergaya, tapi financially kita tak tahu. Mungkin hutang keliling pinggang .We never know susah orang. Silap2 kita ynag rasa kita susah sangat ni sebenarnya we are doing okay. cuma cukup2.



Trust . Percaya lah rezeki ada. Masa i takde kerja mereput sebab duk pregnant and tak tahu hala tuju....i dah fikir dah . Aku mesti bangkit ! Tetiba macam iklan Milo. I mean masa tu i nampak potential business online masa tengah habiskan master. Tapi kahwin ni sikit2 akan ada rezeki sikit2 masuk. Tak drastik tapi ada, contoh dulu boleh makan satu lauk skang boleh makan 2 lauk. Takde la kahwin terus tetiba drive Lamborghini. Tapi boleh nampak la sikit2 . alhamdulillah.

Selagi usaha, mesti ada hasil . I paling2 percaya benda ni. Selagi usaha, mesti ada hasil. Usaha usaha usaha usaha. Biasa la kadang manusia  rasa gv up tapi  give kejap je dah pastu bangun balik.

Macam mana handle saat susah. memang i tak berbelanja apa2, sambil tu cari jalan jela nak beranakkan duit kt mana lagi. Sekarang pun i takde la mewah sangat, masih sederhana marhaen saja tapi better life. Sekarang pun since Adam Noah sekolah mahal yuran 4 ribu sebab special school dengan therapy sekali..memang i push diri masak untuk budak2 ni hari2 tak skip . cuba kira kalau makan luar untuk 4 kepala, sekali makan dengan air rm50...3 kali makan ? 150. 150 darab 30...4500. Zaman yuran anak x mahal sgt boleh la, now i cermat gak. Kalau dulu ada lebihan gaji i sendiri, now so sad. Susah yang berlainan situasi . Kita susah macam ni, orang lain susah kematian suami tiba. hilang anak2 tiba2. Partner sakit tiba2. I paling worry jika i sakit tiba2 masa tu susah and dugaan lain pulak. Nak ke partner ke jaga kita.


Sebab kita dah kahwin and jadi partner for life....mesti kuat dan mesti boleh kuat. Kita kuat, partner pun kuat semangat. Lagipun bila kita dah pilih orang tu, means kita dah ikrar lah susah senang sama2. Macam mana susah pun kena tempuh .

Untuk sis , mesti boleh punya. ayat typical manusia biasa lah banyak2 doa , banyak bersabar. Tu nasihat typical sangat hehe. Semua orang lalui benda sama. Bila dapat tempuh tu nikmat dia aum sangat. 

Kalau cinta tahap mati and berani..kahwin.
If rasa tak sedia and tak yakin..fikir dulu.

Tapi i memang percaya

trust pada rezeki
usaha sampai hasil
tak dengki
positive
anak bawa rezeki walaupun pampers mahal hihi
nampak kelainannya bila solat dan doa

Indahnya bila kita tengok sesuatu tu grow. Macam letak biji kacang kat kapas basah pastu esok jadi taugeh pun jakun kan. Camtu la life. hihi

Hidup taugeh!

Toodles





13 comments:

  1. hahahah ayat last tu akak suka ...anak pembawa rezeki walaupun pampers mahal hahahhah ayat ni mmg bepijak di bumi nyata

    ReplyDelete
  2. Saya dulu awal kahwin pun tak bermewah. Pakai apa yang ada, guna apa yang tersedia. Alhamdulillah .. isteri saya seorang yang sedar dan hidup dengan realiti.

    Awal-awal kami ada dua kereta, tetapi duanya dijual dan ambil kereta yang sesuai untuk bekeluarga. Dalam rumah tak ada TV sendiri (guna tv pinjam), meja makan pun tak ada, dapur ringkas, peti ais second hand ... asalkan kelengkapan rumah cukup yang asas untuk hidup berumahtangga.

    Lama kelamaan, Allah lapangkan jalan rezeki. Kami punyai rumah sendiri walaupun baru tiga tahun berkahwin. Rumah teres dua tingkat di Penang, ketika itu harga rumah masih murah .. RM148K sahaja, yang skerang anggaran harga dah cecah sehingga RM400k sebuah.

    Rumah kosong je. Tak ade benda. Tapi sedikit sedikit isi rumah dipenuhkan. Malah, saya dapat penuhkan rumah dengan hasil menang beberapa kontest secara online termasuklah sebuah TV sendiri dan juga perabot.

    Kami syukur dengan apa yang ada, dan sentias redha. usaha sahaja, dan buatlah amalan yang baik untuk melapangkan rezeki. Paling penting masing2 kena tahu kewajipan dan mesti saling faham.

    www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete
  3. Tawakkal..sabar..anggap pasangan bukan beban tap asbab Tuhan nak tambah rezeki..jeling sebelah..aku susah sedang ada orang lain lebih memerlukan..tengok atas..hebatnya mereka..jadikan motivasi..kita syukuri dengan bahagian sendiri..jangan mencipta kudis saat melihat bergulanya orang lain..

    ReplyDelete
  4. love to hear this sort of reality story..

    www.dorsettpink.com

    ReplyDelete
  5. Betul tu Namee, definisi hidup susah ini lain2 orang lain perspektif mereka.. Usaha, sabar dan doa, walaupun sgt2 tipikal tapi itulah perkara yg benar patut semua orang pelajari...

    ReplyDelete
  6. Yup betul...semua akan lalui zaman kesusahan lepas kahwin, indeed sebenarnya kesusahan itu mematangkan kita suami isteri..Teringat masa mula-mula kahwin, beli beras timbang je kat tesco...but anak-anak adalah punca rezeki..Usaha dan kemudian tawakal kepada-Nya insyaallah!! Life is complicated, akhirat jua yang abadi!

    ReplyDelete
  7. Kte ni masih diawal perkahwinan. Baru je setahun sebulan and baru dikurniakan anak. Sape kata xsusah lepas kawin. Mmg merasa. Ni dah ada anak tgah nak dok susun kewangan balik. Tapi mmg Allah dah kata kahwin tu ada rezeki and anak pun ada rezekinya. Percaya and sentiasa doa and usaha.

    ReplyDelete
  8. i tak handle. teruskan hidup je sobs. kalau x tahan nangis jela . hihi


    Suka ayat ni

    ReplyDelete
  9. your story very inspiring . keep up writing!

    ReplyDelete
  10. saya la tu jenis yang kak namee kata duduk banglo tetiba duduk rumah sewa (cuma bukan la banglo hahah tapi rumah parents helok la). pendek kata senang la buat sementara ni. risau jugak nak kahwin ni kena hidup sendiri, duduk rumah sewa. saya tak biasa susah level gitu tapi harap semua ok la nanti

    ReplyDelete
  11. Menusuk di jiwa pengalaman hidup susah & words motivated Namee bagi. Sekarang sy tgh down bab buat online bizz tak seberapa baik. Macam give up dah. Surirumah sepenuh masa pulak tu. �� Baca kisah Namee yg ni, dpt bagi semangat sikit. Kena sokongan positif dari orang sekeliling. Huhu

    ReplyDelete
  12. Suka baca dan sgt inspiring bg budak2 yg baru nak kawin. Sy pun kawin dgn duda anak 2 yg beza umur pun jauh jugak 11 tahun. Susahnya dgn org lebih berumur ni lain sikit, org nampak je wahh ko senanglah dpt husband yg dah stabil. Org nampak je stabil tpi hakikatnya keje sendiri bukan sesenang dpt duit mcm org yg makan gaji dah kompem tiap bulan masuk. Husb tiap2 hari tak boleh tidur fikirkan apa nak buat esok, minggu depan, bulan depan spy bpleh tampung keluarga. Usaha lebih dptlah lebih, kdg2 usaha dah kaw2 pun masih tak dpt hasil. Skrg sy dah ada anak sorang umur setahun, alhamdulillah boleh bnafas sikit tp masih struggle utk anak kecik ni. Walaupun anak2 husb 2 org duduk dgn mak dia, masih lg kena cari duit utk nafkah. Campur expenses rumah dah 5k. Ni suami dah bukak offce n ada staf, expenses pun naik 10k. Bayangkan mcmana nak cari 10k tiap2 bulan utk expenses shj tak tmasuk belanja brg rumah tau,baju anak semua tu tak masuk.orang nampak mcm senang kan? Susah tiap org lain, tak sama. So sy faham story namee ni it makes me feel bukan kita sorang je susah.
    Bagi saya, org yg suka kata mengata makcik2 bawang ni takyah melayan pun takde faedah pun kat kita. Kita yg rasa, kita yg settlekan bukan dorang kan.
    Bagus namee kluarkan life story mcm ni sgt berguna utk inspire org lain�� good job n keep writing��

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 photo lumi.jpg